Total Pageviews

Thursday, August 4, 2011

V.A.V.I lagi

 
Berita 1 : Golden Churn Creamy Butter haram sebab ada DNA babi
KUCHING 3 Ogos - i.  Keputusan mengharamkan penggunaan mentega Golden Churn Creamy Butter oleh umat Islam telah dimuktamadkan selepas ia disahkan mengandungi Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi. Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman berkata, mesyuarat bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Islam Sarawak (MIS) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) semalam telah memutuskan bahawa mentega tersebut haram.
''Jadi orang Islam tidak dibenarkan untuk menggunakan mentega Golden Churn di seluruh Malaysia.
                             - ii.  Pengusaha kek lapis yang pernah menggunakan mentega Golden Churn Creamy Butter yang kini didapati mengandungi DNA babi perlu membersihkan peralatan membuat kek tersebut mengikut kaedah Islam.  Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman (gambar) berkata, pembersihan tersebut atau "menyamak" perlu dilakukan bagi memastikan produk tersebut selepas ini halal dari peringkat pembuatan sehingga dijual ke pasaran terbuka.
Berita 2 : Sosej
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menasihatkan umat Islam khususnya di Kedah dan Perlis supaya tidak membeli sosej serta kepingan ayam tanpa jenama yang diragui status halalnya dipercayai dijual meluas di kedua-dua negeri itu.
Ketua Pengarah JAKIM, Othman Mustapha, berkata sekiranya umat Islam meragui status halal sesuatu produk, wajar mengelak daripada membeli atau memakan makanan itu kerana hukumnya haram.
Perkara itu selaras kesahihan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis mengenai sosej ayam dicampur pulut, selain kepingan ayam tanpa jenama dijual secara meluas terutama di kawasan Sungai Bahru Perlis, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.