Total Pageviews

Monday, May 27, 2013

Terengganu again....

23 Mei 2013.... kami berangkat lagi ke Trengganu, dengan dua matlamat: menjenguk Akak dan Amer &Zaini's wedding. Kali ni kami lalu Karak sebab ambik Nunun di Beranang. Ada budak tu dah makan kat rumah tapi makan lagi kat hentian Genting Sempah. Meriah betul kat sini, kebetulan 24 hb cuti Hari Wesak.
Target kami nak solat Suboh di Terengganu, apa lagi pagi Jumaat nak juga pengalaman sujud sajadah/tilawah. Alhamdulillah hajat memang kesampaian kerana lebih kurang 10 minit sebelum waktu suboh kami sampai di masjid Labohan area Paka rasanya,  tapi sayangnya azan dan solat tidak menggunakan mikrofon,dan kawasan solat perempuan ditabir oleh dinding kayu dan kami tak boleh nampak langsung pergerakan jemaah lelaki. Oleh kerana tak ada satu biji butir pun bacaan imam yang aku boleh dengar, solat sendirian sahajalah.
Oleh kerana homestay yang kami book masih ada penghuni lepaklah dulu kat kawasan Unisza,hujan pulak tu, sempatlah breakfast nasi lemak yang rupa dan rasanya tak sama dengan nasi lemak kita, tapi Aid kata sedap hi hi.
Pukul 10.30 pagi pemilik homestay pun telefon dah boleh masuk, legalah tak terkata, dah penat dah ni  bolehlah kuak lentang jap. Lepas tu tak pi mana-mana dah cuma petang ajak Amer pi Giant beli barang sikit.Petang jam 6.00 barulah bertolak ke Bukit Besi tapi En Has dah ter ikut jalan jauh, pukul 8.00 baru sampai.Gambar : agenda sebelum ke rumah pengantin
majlis akad nikah jam 10 lebih sebab demand untuk khidmat tok imam sangatlah tinggi... so ikut turn ye
Alhamdulillah majlis akad nikah selesai.
Ingatkan siang tak nak pergi dah tapi akhirnya pergi jugak... he he
Zaini &Rabiatul Annisa - semuga rumahtangga dilimpahi rahmat dan barakah, amin.
majlis yang sederhana... tak ada unsur-unsur bermegah dan membazir cam kat tempat kita... eh nak tirulah, biarlah orang mengumpat 10 tahun pun...
Terengganu gempak seketika dengan kedatangan kumpulan boria dari Melaka heh heh
Jam 9.45 am meninggalkan homestay Nur Kasih (tq En Man). Sempat lagi jenjalan kat Masjid Kristal, sekejap aje bukan tak pernah pergi pun tapi tak best masa ni Aid merajuk pulak.
gambar budak merajuk
macam biasa keropok kering beli kat Kemaman
kat tandas pun nak ambik gambar... ceh
satu perjalanan yang sungguh panjang dan tidak pernah kami alami, kenderaan bergerak seperti siput sepanjang lebuh raya Karak, hujan lebat pulak tu, ketika inilah pentingnya sifat sabar. 
 
Sampai Beranang jam 12.15 am... thank you pak guard benarkan kami masuk ...he he
Safely arrived home jam 1.45 am. Terimakasih Ya Rabb kerana melindungi dan memelihara kami daripada sebarang malapetaka dalam perjalanan pergi dan balik, Amin.

Tips musafir :
1.Membaca Doa Ketika Naik Kenderaan
Membaca, “Bismillah, bismillah, bismillah”. Ketika sudah berada di atas kenderaan, ucapkan, “Alhamdulillah” dan baca:
سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ
(Maha Suci Allah yang telah menundukkan semua ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami)
Lalu ucapkan, “Alhamdulillahalhamdulillah, alhamdulillah”, “Allahu akbarAllahu akbar, Allahu akbar.” Kemudian baca,
سُبْحَانَكَ إِنِّى قَدْ ظَلَمْتُ نَفْسِى فَاغْفِرْ لِى فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ
(Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri, maka ampunilah aku kerana tidak ada yang mengampuni dosa-dosa selain Engkau).
2. Jika sudah berada di atas kenderaan untuk melakukan perjalanan, hendaklah mengucapkan, “Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar.” Setelah itu membaca,
سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِى سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِى السَّفَرِ وَالْخَلِيفَةُ فِى الأَهْلِ اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِى الْمَالِ وَالأَهْلِ
 (Mahasuci Allah yang telah menundukkan untuk kami kenderaan ini, padahal kami sebelumnya tidak mempunyai kemampuan untuk melakukannya, dan sesungguhnya hanya kepada Rabb kami, kami akan kembali. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kebaikan, taqwa dan amal yang Engkau redhai dalam perjalanan kami ini. Ya Allah mudahkanlah perjalanan kami ini, dekatkanlah bagi kami jarak yang jauh. Ya Allah, Engkau adalah rakan dalam perjalanan dan pengganti di tengah keluarga. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kesukaran perjalanan, tempat kembali yang menyedihkan, dan pemandangan yang buruk pada harta dan keluarga)
3. Dalam perjalanan, baca  “subhanallah” ketika jalan menurun dan “Allahu akbar” ketika jalan mendaki.
4. Membaca Doa Ketika hampir sampai
 “A’udzu bi kalimaatillahit taammaati min syarri maa kholaq (Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari keburukan setiap makhluk).
5.Ketika Kenderaan Rosak
ucapkanlah basmalah (bacaan “bismillah”).
Dari Abul Malih “Aku pernah diboncengi Nabi saw lalu tunggangan yang kami naiki tergelincir. Kemudian aku pun mengatakan, “Celakalah syaitan”. Namun Nabi  saw menyanggah ucapanku tadi,
لاَ تَقُلْ تَعِسَ الشَّيْطَانُ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَعَاظَمَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الْبَيْتِ وَيَقُولَ بِقُوَّتِى وَلَكِنْ قُلْ بِسْمِ اللَّهِ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَصَاغَرَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الذُّبَابِ
Janganlah engkau ucapkan ‘celakalah syaitan’, kerana jika engkau mengucapkan demikian, syaitan akan semakin besar seperti rumah. Lalu syaitan pun dengan sombongnya mengatakan, ‘Itu semua terjadi kerana kekuatanku’. Akan tetapi, yang tepat ucapkanlah “Bismillah”. Jika engkau mengatakan seperti ini, syaitan akan semakin kecil sehinggakan seperti lalat.

Saturday, May 4, 2013

Tiada Motif

Ini kalilah!
Ini Ainunul Khalilah!