Total Pageviews

Thursday, December 22, 2011

9A KINI DALAM GENGGAMAN


TAHNIAH PRINCESS ALIAH
26 Muharram.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Hari ini keputusan PMR keluar.
Jam 11 pagi, kami ke SMK Datok Hj Talib Karim.
Tunggu dalam debar. Air mata dah mula keluar. Beristighfar sahaja yang mampu dilakukan.Tunggu hingga jam 12.00
Nama pertama disebut : Aliah Khaliqah binti Hasan. Tuhan sahaja yang tahu, berakhir sudah penantian yang menyiksakan. Alhamdulillah, selepas kejayaan berganda bagi tahun 2010 (Akmal 5A UPSR dan Nunun 9A PMR) saat indah itu berulang kembali hari ini. Gembira dan terharu bila dia juga mengikut jejak langkah kakaknya. Akhirnya segala usaha dan penat lelahnya terbayar dengan kejayaan yang dimiliki hari ni. Mak pun dah bolehlah  melepaskan nafas kelegaan. Hati emak mana lah tak dup dap dup dap.
Terima kasih tidak terhingga buat guru-guru yang telah turut memberikan komitmen dan mendoakan kejayaan Aliah. Terima kasih SMKDTHK. Teruslah mendidik anak-anak muridmu. Muga menjadi anak-anak soleh dan memiliki akhlak terpuji... hanya di sini segalanya bermula..
Tapi.. dalam suka ada duka. Mungkin Aliah akan ke asrama, tinggallah kami bertiga-tigaan.
Dikurniakan Allah anak yang cemerlang sudah memadai bagiku... terima kasih ya Rabb nikmatMu yang mana lagi yang ingin kudustakan.
Semoga Allah melimpahkan keberkatan dan rahmat, serta memberikan kejayaan berterusan dlm pelajaran, kehidupan di dunia dan di akhirat buat semua yang sangat kusayangi... amin.. ya rabbal a'lamin...
* Hadiahnya... esok kita jalan ke Terengganu ok. 

 "Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi yang jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak"

Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah
Pakar Motivasi

Thursday, December 8, 2011

Bahagia di usia sendu

Nak kata 'senja' cam tuek sangat pulak, bolehlah kata 'usia sendu'. Jika diberi pilihan nak balik ke usia muda, jawapannya memang tak mahu kerana hidup lebih tenang di usia begini. Dulu ketika muda, hidup bagai tiada tujuan, amal ibadat ala kadar, solat asal solat sahaja. Belum cerita amal ibadat yang lain, boleh dikatakan hancus, fokus hanya kehidupan dunia. Kosong dan sia-sianya kehidupan tetapi menyesali masa lalu tak memberi manfaat langsung. Syukurlah Allah memberi hidayahNya. Seperti kata Prof Kamil (http://www.muhdkamil.org/blog/) ibadah haji adalah sempadan iman dan haji mabrur terletak pada fasa kehidupan selepas pulang sehinggalah kematian. Jika Allah takdirkan umur sehingga 60 tahun sahaja, tempoh antara umur 47 tahun sehingggalah 60 tahun (hanya 13 tahun). Mampukah aku bertahan kerana sebagai manusia hati memang selalu berbolak balik, apa lagi kehidupan sentiasa dikelilingi oleh hati-hati yang amat mementingkan dunia. Kadang kala aku simpati pada orang yang  seusiaku atau yang lebih tua tetapi seperti tidak mendapat 'isyarat', masih meminati hiburan, masih bercerita tentang lagu, drama , fesyen, harta benda, tidak perasankah mereka baki umur semakin sedikit. Syukurlah minat pada hiburan,pakaian cantik, perhiasan semakin pudar. Aku harus merenggangkan diri dari insan-insan yang bersifat terlalu keduniaan kerana ianya hanya menyukarkan perjalananku meniti titian siratMu. Kelilingilah aku dengan insan-insan yang memberi manfaat dunia dan akhirat.Wahai hati, biarkan daku menebus semula masa tersisaku yang telah dipersiakan sekian lama.


Wahai Tuhanku, bersihkan hatiku daripada bersikap bermuka dua, dan bersihkan amalanku daripada riya', dan bersihkan lidahku daripada dusta, dan bersihkan mataku daripada kecurangan. Sesungguhnya Engkaulah yg mengetahui setiap jelingan mata yg curang dan segala sesuatu yg tersembunyi di dalam dada.



Tuesday, November 29, 2011

Nak jadi lebah

Kita jangan jadi :
kucing ............ baik depan tuan aje tapi tuannya tak nampak bawak lari ikan, ada manusia cam ni?
buaya ............ tak menolak bangkai, haram halal semua kebas, ada? ada? ada.....
lalat ....... banyak benda wangi, yang busuk juga dihurungi, manusia cam lalat nampak salah orang aje, tak pernah nampak yang betul
babi ............  tau beranak tapi tak tau jaga anak malah anak pun tak kenal, ada kan! kan!
haruan ......... makan anak sendiri, ada...baca kat surat khabar
burung murai ..... suka bawa mulut pok pek pok pek, ada.....manyak!
anjing....... dah tolong digigit orang yang menolongnya, ada cuma belum terjumpa lagi, minta jauhlah dari orang cam ni

Jadilah mata lebah, mencari yang baik sahaja. 
An-Nahl : 67
Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibina manusia.”
An-Nahl : 68
Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.

Thursday, November 24, 2011

Happy 15th Aliah

 24.11.2011 Khamis. Happy Birthday Aliah

Fakta 1: Gambar sengaja diupload saiz kecik supaya tak ketara muka mak yang sama saiz dengan skrin PC, heh heh.
Fakta 2: Kusyen nampak lain sebab sambut besday kat rumah orang hu hu
Fakta 3: Aliah kenapa pakai track bottom aje, kureng sikit kelawaan

Wednesday, November 9, 2011

SKT (SINDROM KERAJINAN TERLAMPAU)

Menjelang Aidil Adha mak cik telah dilanda SKT  (sindrom kerajinan terlampau) kerana semangat begitu berkobar-kobar nak membuat cookies dan kek. Macam susah nak percaya kerana rasa-rasanya kali terakhir buat cookies adalah tahun 1997, ni dah 2011, manyak lama tu. Rasa dah keras tangan nak memulakan aktiviti mengookies dan membaking yang pernah menjadi satu 'kegilaan' suatu ketika dulu. Siapa nak percaya kalau mak cik cakap mak cik dah mula buat kuih raya sendiri tanpa pertolongan sesiapa sejak Darjah 5 lagi. Balik sekolah tengok emak tak ada rumah, mak cik mula singsing lengan mengadun bancuhan biskut yang mak cik tengok dari resepi dalam majalah. Ada satu tahun tu beli margerin Planta dapat buku resepi, habis sekelian resepi dalam buku tu mak cik nak cuba. Susah nak percaya bila mak cik cakap setiap kali Raya, biskut yang dibuat hasil tangan makcik ni melebihi 20 jenis!. Hanya emak mak cik sahaja yang boleh mengiyakan fakta pelik tapi benar ni.
Tapi kalau dah rasmi malas tu malas jugak. Barang-barang yang dibeli ( baking powder, soda bicarbonate,cream of tar tar, esen vanilla, pewarna merah/hijau, cuka, cheese cream, butter, gula castor/icing, bla bla bla) dibuat pameran kat rak dan peti ais dulu sementara mak cik menunggu motivasi dalaman untuk memulakannya, 14 tahun bersara noks, bukan senang nak start balik.
Alhamdulilah.... barang-barang yang dibeli nampaknya tidaklah akan menjadi pameran buat selama-lamanya kerana projek pertama "cyristal ball cookies" telah pun terlaksana. Memang peveret mak cik  kuih ni, minyak sapi + butter+tepung - buat 3 warna bulat-bulatkan, masak then golek dalam gula kastor, masuk dalam paper cup, sedap dik non.
Angan-angan nak membuat red velvet cake juga bukan sekadar angan-angan kosong kerana pada petang Raya Haji terlaksanalah hasrat nak menunjuk kehandalan membaking. Tidak menghampakan, habis licin dimakan, cuma cacat tang warna merah pakai sirap ros ada bau kuat sikit,
Menu Raya Haji juga semua mengikut resepi yang diceduk dari Internet, kunun nak buat kelainan. kira semua menjadi, Nasi Mandy (sedap noks), rendang minang, dendeng.
Hopefully SKT ini akan berterusan selagi ada kudrat, apa lagi menjelang cuti akhir tahun. Tentunya anak-anak mak cik seronok menikmati resepi baru setiap hari. Tidaklah mengadap menu yang sama sepanjang tahun.

Friday, September 16, 2011

16 Sept 2011


Anugerah cuti 16 Sept telah kusia-siakan tanpa sebarang aktiviti penting kecuali membuat kerja-kerja laundry yang membuat aku sentiasa lencun (bukan cun noks), gara-gara Aid bersunat emergency. Dua kali 'ter' hanya 2 langkah nak masuk bilik air, dua kali 'ter' atas sofa. Akibatnya aktiviti hari ini diisi dengan membasuh kain pelikat, sarung sofa, belum lagi toto yang nak kusumbat aje dalam mesin basuh if possible.
Entah kenapa mataku layuuu aje... so aktiviti apa lagi sesuai dijalankan kecuali zzzzzz.
Nampaknya aktiviti zzzz pada 1st day Raya berulang kembali.Best jugak tapi kalau begini setiap hari satu sen duit pun tara guna... kalau gunting kain yang baru beli tu kan bagus.  Demi masa... sesungguhnya manusia itu dalam kerugian... tak hengat!

Thursday, September 8, 2011

Kenapa malas sangat nak raya

Dah 11 hari syawal berlalu... berapa rumah yang telah diziarahi?... hancus.....Mood raya tak datang lagi, dah 11 hari, alamat memang tak adalah tu. Kedatangan raya disambut dengan kelam kabut, rumah macam tongkang pecah, baju/langsir tak siap, sempat lagi pi shopping sehari sebelum raya, beli baju ready made, warna hitam 2 helai gitu, semenjak menunaikan Haji, persepsi mak cik dengan warna hitam dah bertukar 360 darjah. Dulu warna hitam tak masuk dalam senarai tapi kini menjadi pilihan.Tak mustahil suatu hari nanti mak cik akan berbaju hitam setiap hari, tak kisahlah tak lawa pun, dah puas melaram dulu hari-hari pakai kebaya,perasan cam kempis sangatlah perut.
Aktiviti raya pertama hanyalah solat hari raya, pi kubur then jenguk rumah mak sekejap. Selepas tu zzzzzzz semata-mata, mujurlah induk datang waktu tengah hari tu, bangun sekejap then zzzzzz balik. Seronok betul kalau aktiviti zzzzzzz dapat dilaksanakan setiap hari, barulah hidup terasa bahagia.
Raya ke dua pagi-pagi dah balik ke Melaka, beraya di dua buah rumah aja, wajiblah tu rumah Long dan Mak Ngah. Lepas tu berlingkarlah kami anak beranak di rumah ibu mertuaku. Nak menjahit, lengkaplah dibawa semua mak nenek manik, jarum, benang tapi baju yang nak dijahit tertinggal...(T_T)
Raya ke tiga berangkat balik ke rumahku syurgaku, tapi singgah Alor Gajah untuk aktiviti bergambar tahunan. Pakai serba biru, mak cik pakai baju biru yang tak berapa nak lawa tu, habis bergambar lelong baju tu kat anak-anak  dara tu, nasiblah siapa yang muat.
Raya ke empat ke Melaka rumah Pak Anjang sebab ada majlis bertunang anaknya, kalau tidak entah sampai entahkan tidak.
Raya ke lima ke Seremban rumah Zahar, pada mulanya malas tapi tetiba rasa rajin pulak.
Raya ke enam dah tak ada raya dah, sebab esok dah sekolah balik.
Raya ke tujuh- raya dalam kereta dari 11.30 am sampai 7.30 pm sebab otw ke Trengganu
Raya ke lapan - beraya kat UMT, rupanya ramai orang Trg raya hari ni sebab selesai puasa 6.
Habislah aktiviti raya, Aid tanya kat Lubok China tak raya ke.... ngeee hari hari kita raya kan....

Thursday, August 4, 2011

V.A.V.I lagi

 
Berita 1 : Golden Churn Creamy Butter haram sebab ada DNA babi
KUCHING 3 Ogos - i.  Keputusan mengharamkan penggunaan mentega Golden Churn Creamy Butter oleh umat Islam telah dimuktamadkan selepas ia disahkan mengandungi Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi. Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman berkata, mesyuarat bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Islam Sarawak (MIS) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) semalam telah memutuskan bahawa mentega tersebut haram.
''Jadi orang Islam tidak dibenarkan untuk menggunakan mentega Golden Churn di seluruh Malaysia.
                             - ii.  Pengusaha kek lapis yang pernah menggunakan mentega Golden Churn Creamy Butter yang kini didapati mengandungi DNA babi perlu membersihkan peralatan membuat kek tersebut mengikut kaedah Islam.  Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman (gambar) berkata, pembersihan tersebut atau "menyamak" perlu dilakukan bagi memastikan produk tersebut selepas ini halal dari peringkat pembuatan sehingga dijual ke pasaran terbuka.
Berita 2 : Sosej
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menasihatkan umat Islam khususnya di Kedah dan Perlis supaya tidak membeli sosej serta kepingan ayam tanpa jenama yang diragui status halalnya dipercayai dijual meluas di kedua-dua negeri itu.
Ketua Pengarah JAKIM, Othman Mustapha, berkata sekiranya umat Islam meragui status halal sesuatu produk, wajar mengelak daripada membeli atau memakan makanan itu kerana hukumnya haram.
Perkara itu selaras kesahihan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis mengenai sosej ayam dicampur pulut, selain kepingan ayam tanpa jenama dijual secara meluas terutama di kawasan Sungai Bahru Perlis, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Sunday, July 31, 2011

Dua belas jam....


Keluar rumah jam 11.00 am, balik jam 10.30 pm....uiks hampir 12 jam tu, shopping punya pasal semua boleh. Dengan tapak kaki yang sakit dan bengkak akibat digigit menatang hape ntah berjaya jugak mak menapak (sebelah kaki je jejak, sebelah lagi tertunjit-tunjit) dari MITC, then menternak kolesterol  di McD,  Melaka Mall, Jalan Bunga Raya, Mahkota Parade, Maidin MC dan last sekali Tesco, $$$$ dah selesai baru ingat nak balik. Betul sungguh konsep ekonomi yang mak belajar dan mengajar, 'juta'wan pun akan mengalami kekurangan wang, apa lagi 'ringgit'wan macam mak ni. Tu banyak lagi belum beli.... bla bla bla.... adoi. Menyambut Ramadhan memang mengujakan, tapi menghadap Hari Raya yang meriahnya hanya sehari dua tu amat menyesakkan nafas. Tapi salah kita jugak, kalau hari Raya disambut sebagai satu ibadah, bukan sebagai satu pesta tentunya tak ada kepala yang fenin.

Thursday, July 28, 2011

Seronoknya shopping

Kalau ditanya apakah yang paling best dalam dunia ni... jawapannya dah tentulah 'shopping". Semalam aku cuti, pi shopping, esok nak bawak kids pi shopping lagi... bestnya. Cuma bila balik rumah dah tak ada apa yang best lagi sebab poket dah kuncup...sob sob

Monday, July 25, 2011

Tolong jangan bunyi bila.....


Telefon..... tolong jangan bunyi bila:
- time aku nak masak esp. menumis kau berbunyi.... rosak lauk aku
- time aku baru nak masuk bilik air esp tengah gosok gigi
- time aku drive esp masa nak masuk simpang, tak koser nak  layan
- time aku baru nak 'terlayang',  tadi masa aku celik apa sal kau tak nak bunyi
- time aku mengajar, nanti anak murid nampak telefon aku yang dah boleh buat tukun tiruan tu
- time aku tergesa-gesa nak keluar rumah sebab dah terlambat, time tu lah kau nak bunyi
- time aku tengah solat, terganggu konsentrasi aku
- time mesyuarat, nampak aku pulak cam tak sopan, bukan salah aku pun
- jangan missed call lebih 5 kali, itu konpem aku tak bawak enpon, atau bateri dah meninggal atau enpon tinggal dalam keta, jangan harap aku nak berpatah balik ambik enpon, buang tenaga.
- kalau kau tak bunyi langsung pun tak ada hal, ngeh ngeh

Saturday, July 23, 2011

Agar-agar Tembikai.... tunggu.....

Jumaat lepas Kelab Guru buat port luck....fenin la jugak kepala mak, nak masak apa ye.... lauk.... malam sekali. Setelah berfikir 40 kali mak pun masaklah agar-agar konon nak buat agar-agar tembikai. Pegh macam terror je, resepi dah siap print ambik kat mentenet. Suruh Amer beli susu pekat, dibeli susu sejat lak, bantai ajelah. Roti patut diblender supaya sebati tapi mak pakai mixer je, tak hancur sangatlah. Ikutlah step by step cam resepi tu, esoknya mak potong punyalah klaka tak rupa tembikai pun cam beli kat pasar malam Kemaman Jun lepas. Bawaklah satu tupperware ice cream Magnolia tu. Sampai aje sekolah terus masukkan kat bilik masak tanpa sesiapa pun mengetahui apakah yang kubawa ari ni. Masa nak balik jenguklah tupperware tu, lega dah tak ada isi lagi. Minta maaf pada sesiapa yang makan agar-agar tembikai tu kalau rasanya bluwek bluwek. Tapi mak tak akan putus asa, nanti nak cuba buat lagi sampai dapat hasil macam kat gambar nun. Ngeeee.

Tuesday, July 12, 2011

Saya guna bahasa 'ew'

Kelakar sungguh Aid beriya-iya suruh mak tengok you tube Anwar Hadi tentang bahasa 'ew'. Pada mulanya mak tak faham sangat bila dia cerita pasal bahasa 'ew' tu. Pandai sungguh Aid 'mengajuk'kan dialog dalam video tu, itulah kelebihan Aid, apa-apa dialog yang ditonton semua boleh  diingatnya. Akhirnya mak pun tengoklah video tu, rupa-rupanya semua perkataan yang ada huruf  'a' ditukar kepada 'ew'. Sebagai contoh 'kamu pergi manew(mana)',' apew(apa) kamu buat', 'apew-apew sajewlah'.... rosak..rosak, semuanya hampeh dan mengarut.

Wednesday, July 6, 2011

Lepas geram jap...

Pagi Isnin dimulai dengan perasaan yang agak 'kelat' gara-gara sifat seseorang yang mungkin tak ada lesen kut. Mak nak masuk kawasan sekolah, kete depan tu pun signal nak masuk kanan, mak pun ikut sama tup tup rupanya dia tak nak masuk pagar pun, nak buat U turn depan pagar sekolah, ada ke patut. Tak pasal-pasal kete mak dah menghalang perjalanan orang lain, ye lah dah tersengkang tengah jalan nak bagi laluan makhluk tu nak buat U turn dulu. Yang tak best tu macam marah-marah pulak, mak nampaklah mulut dia ngomel-ngomel, tak patut betul.

Tuesday, June 28, 2011

Dengan MAB perutku tak lagi 'muncit" (rewind)

Sedih tak kalau tak ngandung tapi orang tanya mengandung ke?..uhuk uhuk mesti rasa nak cekik-cekik je orang tu kan. Tentu ada yang pernah terkena cam tu... jangan biarkan diri anda gendut dan boroi setelah beranak pinak, mengapa tak cuba Maajun Anggun Bistari (MAB)

Antara khasiatnya:
1) Merancang Keluarga 2) Merawat Keputihan 3) Memelihara Peranakan 4) Membuang Darah Period/Nifas Lama 5) Menstabilkn hormon Wanita 6) Teraturkan Period 7) Awet Muda
8) Mencantik/Menegang Payudara 9) Melancarlan Peredaran Darah 10) Melawas Buang Air Besar 11) Menambah Tenaga 12) Mengawal Kolestrol Dalam Darah 13) Mengawal Berat badan 14) Memulih/Melambatkan Menopous 15) Ikhtiar utk mendapatkan Anak
Makan macam pil perancang for 21 hari, rest 7 hari then sambung balik....yang best, sisa2 darah lama habis kuar, perut pun makin kempis, badan makin fresh...
Untuk maklumat lanjut, bacalah thread ni
http://www.wanitamelayu.com/forum/showthread.php?t=13049

(entry ni di "siaran ulangan" kan sebab nampak makin ramai kengkawan yang berminat nak ambil MAB tetapi tak mencari maklumat dengan lebih detail agar puas hati dan tidak hanya terikut-ikut nak cuba, lepas tu stop dan kata pulak produk ni tak bagus. Bagus tak bagus adalah amat subjektif dan tak semua produk  sesuai untuk semua orang. Bagi mak produk ini amat ekselen dan rasa bertuah menjadi salah seorang pengguna cuma mak tak promot kat sapa-sapa kecuali orang tu sendiri mencari maklumat dan benar-benar yakin nak mencubanya.)

Monday, June 27, 2011

Langkawi oh Langkawi (3 hari tanpamu Demuk)

23 - 25 Jun Mr Has & Aid ke Langkawi, akibatnya badan mak sakit-sakit, barulah sedar memandu ni memenat dan menyakitkan badan, selalunya mak jadi mem, duduk sebelah driver. Dari hari Jumaat sampailah Ahad, tah berapa km memandu, minyak full tank tak cukup, isi lagi RM 20. Tapi kita orang happy semua ada balik, tang jemput & hantar tu yang tak larat, penat noks naik Viva, tu la ada kete besa naik kete kecik, kes hati kecik la ni, gayat & seriau bawak kete besa, kampongs betul.
Semua mengeluh sunyi Aid tak ada, tak ada tempat nak bergaduh hu hu. Hepi sungguh Aid ikut trip MPAG ke Langkawi sampai katanya dah beso nak keje MPAG ngeh ngeh. Hei Aid belajar pandai-pandai, duit banyak nak pi Langkawi tiap-tiap minggu pun boleh, tak payah keje MPAG pun.
Isnin jam 2.00 am selamat sampai ke rumah, mak pi jemput dengan mata terpisat-pisat. Alhamdulilah.
Terima kasih Ya Allah kerana memelihara suami dan anakku sepanjang perjalanan pergi dan balik, Amin Ya Rabb.
Mr Has ada tugas besar lepas ni, tolong gosok minyak kaki mak sakit sungguh, badan manja kena memandu jauh sikit dah surrender.

Tuesday, June 7, 2011

Back to 2001

- 06 Jun 2011 mengingatkan kenangan 10 tahun yang lalu (tahun 2001) di mana kami sekeluarga termasuk arwah abah, emak dan Uji (kecuali Aid yang belum wujud masa tu) pergi bercuti ke Pantai Timur. Walau kini situasi amat berbeza kerana anak-anak telah meningkat remaja, ke'excited'an mereka amat berbeza berbanding dulu, hanya Aid yang nampak happy sangat, Amer pun macam terpaksa nak ikut aje, Nunun,Aliah, Akmal lebih suka memerap dalam bilik berbanding nak bersuka ria di kolam renang.



-Kami keluar rumah pun dah jam 7.00 pagi tanpa masak-masak pun sebab rasa malas sangat, berbanding dulu jam 4.00 pagi dah bertolak siap dengan bekalan makanan, anak-anak seronok tidak terkata nak kejutkan bangun pun senang.Seperti kebiasaannya perjalanan kalau ikut NS, dah tentu akan melalui Muazam Shah. Kami singgah breakfast kat sini. Tempat ni memang 'failed' betul, tak berubah seperti 10 tahun yang lalu.








- Sampai bandar Kuantan jam 12.00 tengahari, lepak-lepak sekejap di tepi Sungai Pahang, ingat nak naik river cruise tapi macam dah tak ada aje servicenya, satu kapal pun tak ada lalu kecuali kapal nelayanlah. Kelakar mak usung net buk sana sini, nak tinggal dalam kete takut kete kena pecah lak, rupanya hotel tak ada wi fi, percuma je ngusung net buk tu.
Perjalanan seterusnya ke Cherating dan sampai ke Cherating Bay Resort hampir jam 2.00 petang. 10 tahun lalu kami pernah bergambar depan pintu masuk, Akak, Nunun,Aliah dan Amal masa tu semua pakai skirt.
Oklah tempat ni, bilik betul-betul mengadap kolam renang, tapi Aliah dan Amal mandi sekejap aje, Nunun langsung tak nak mandi, Amer tak keluar bilik, terpaksalah mak jadi 'penunggu' tepi kolam menemankan Aid mandi.













Petang kami pergi Kemaman ada pasar malam so jalan-jalan kat pasar malam beli makanan sekali, kalau kat sini jangan haraplah mak nak pi pasar malam. Dah masuk Trengganu ni banyaklah gerai-gerai keropok, ambik gambar dari dalam kereta je, dia orang malas nak turun, mak turun dengan En Has aje.
Solat Maghrib dan Isyak di Masjid Geliga, besar dan meriah masjid ni. Tapi nak buang hajat kecil pun tak jadi sebab dalam toilet tak ada air, kena tadah air di luar, huh kensel patutlah bau harum semacam je.














-07.06.2011: 11.30 check out. Sampai Kuantan dah masuk waktu Zohor jadi singgah di masjid Sultan Ahmad Shah yang amat besar ni untuk solat Zuhur dan Asar. Sempat posing kat pintu masuk, ada perpustakaan mini lagi.

















- lepas sembahyang pergi ke Teluk Chempedak, walau pun sedar slot ke Teluk Chempedak ni akan melewatkan perjalanan tapi mak nak singgah jugak kerana 10 tahun yang lalu semasa singgah ke sini Amer merajuk sebab tak dapat naik tangga tu. Tapi bila kami datang tempat tu memang tak boleh dimasuki lagi kerana dalam proses renovation. Kami hanya berdiri di jambatan dan sejurus selepas kami meninggalkan jambatan, sebatang dahan kayu yang agak besar jatuh. Syukur Ya Allah kalau terkena kepala harus boleh pengsan.














- Perjalanan ke Karak melalui LPT melebihi 200 km amat memerlukan kesabaran apa lagi tujuan kami nak ke Bukit Tinggi memenuhi hasrat Aid nak tengok arnab dan seperti yang dijangkakan kami lewat sampai ke Bukit Tinggi dan taman
arnab telah pun tutup...ambik gambar aje lah tengoklah muka Aid tu...Memang terkilan sikit tapi mujurlah aid Ok aje, masamnya tak lama. Ni semua salah mak sebab nak pergi juga Teluk Chempedak tapi apa kan daya T.C ada nostalgia tersendiri dan mak perlu nak menjejakinya balik untuk mengimbas kenangan lalu.



















 - Our trip ended up with...... sate kajang tapi nak cari bandar Kajang punyalah siksa....
Terima kasih Ya Allah Kau selamatkan perjalanan kami pergi dan balik tanpa sebarang kesulitan.



Sunday, June 5, 2011

Selamat Hari Lahir Akmal



















0106.2011 Rabu - Hari Lahir Akmal yang ke 13. Akmal anak yang amat manja satu ketika dulu (berkurangan sikit manja bila dah dapat adik) kini telah 13 tahun. Kami celebrate tarikh tertunda (04.06.2011 ) kerana nak menunggu semua ada di rumah. Kek macam biasalah, beli di Bakers Cottage tapi kerana sampai kedai agak awal belum banyak kek yang display dalam cermin, bau dari dapur menusuk-nusuk hidung, mungkin dalam proses baking. Kerana tak ada pilihan, kami pilih kek Cappucino ni. (RM66, ya ampun harga kek sekarang tak berbaloi betul, dah malas buat tanggung je lah)
Amal memang manja, boleh dikenali dari style percakapannya yang menyebut satu-satu perkataan, kira sebutir-sebutirlah. Tapi kini Amal semakin meningkat remaja, apa tah lagi kini telah tinggal di asrama, segalanya pasti berubah sedikit demi sedikit.

"Ya Allah berilah kejayaan yang cemerlang kepada anakku Akmal Khalidah dan Kau berilah perlindungan, cinta dan kasih sayangMu kepadanya. Amin Ya Rabb.


Thursday, June 2, 2011

Sebelum tidur... Part 2

Rasulullah saw berpesan kepada Aisyah ra : “Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur’an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat,

3. Sebelum para muslim meredzai kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah….

Bertanya Aisyah :

“Ya Rasulullah…. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara itu?”

Rasulullah tersenyum dan bersabda :

“Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an.

Membacalah salawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

Monday, May 30, 2011

Semua ada V.A.V.I

(bir halal- ingatkan bir semua haram rupanya ada yang halal?)

Berita 1
KLUANG: Tiga bersaudara yang juga pengarah syarikat Rail Passion Sdn Bhd, pengeluar Kluang Rail Coffee mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas dua pertuduhan menjual kopi mengandungi gelatin babi di premis mereka tanpa melabelkan kewujudan asid deoksiribonukleik (DNA) haiwan itu pada pembungkusan.

Berita 2
PENEMUAN DNA BABI DALAM BAHAN RAMUAN SYARIKAT PURATOS MALAYSIA SDN BHD
Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut.

Berita 3
Penjualan 'bir halal' di pasaran yang semakin popular di kalangan umat Islam dan dikesan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) baru-baru ini.
Minuman yang diimport dari sebuah negara Islam di Timur Tengah itu banyak terdapat di kafe-kafe di negara ini yang dijual antara RM3 hingga RM5 sebotol.

Kebelakangan ni agak heboh sikit sikit isu makanan yang mengandungi DNA v.a.v.i. Ada yang marah-marah dan kata 'kalau semua tak boleh, apa yang boleh?...hello bumi Allah ni kan luas, tepuk dada tanyalah tekak, kalau nak telan jugak makanan syubhah tu siapa nak marah. Tapi sendiri mau ingatlah.
Isu ini sebenarnya tidak menghairankan kerana industri makanan kita dikuasai oleh cha ya nun alif, kalau ada pun pengusaha makanan orang Islam bilangannya terlalu kecil dan tidak dapat menampung permintaan. Lagi pun keluaran mereka sukar menembusi pasaraya, kita dapat jumpa di ekspo-ekspo sahaja. Dulu heboh fish ball ada plasma darah v.a.v.i, selepas tu frankfurter disalut usus v.a.v.i. Kembanglah tekak sekejap, lepas tu senyap...belasah balik menatang tu... bluek...bluek..

Tuesday, May 24, 2011

Apa mak buat sebelum tidur....Part 1

Sebelum tidur, kena pastikan:

- baju dalam mesin basuh dah disidai. Kata orang tua tak baik jemur kain waktu malam.... heh heh kalau pagi baru nak sidai alamat 'lambat' ke sekolah. Lambat ikut definisi mak adalah keluar rumah melebihi jam 7.00 pagi... aneh kan ada orang kul 7.00 baru nak buka mata kwang kwang kwang

- baju untuk dipakai esok dah licin bergosok. Pernah sekali tidur tak gosok baju, kononnya nak gosok pagi, akibatnya tak lena tidur asyik mimpi terlambat bangun. Ada satu pagi terjaga dunia gelap gulita, tak ada karen... kalau orang tak gosok baju lagi tentu kelam kabut cari baju yang jenis tak berkedut, silap hb baju tak mecing tudung.

- dalam singki tak ada sebarang cawan/pinggan/bekas tak berbasuh. Tak elok membiarkan pinggan mangkuk kotor semalaman, mungkin ada lipas/semut merayap kat bekas-bekas tu.

- stok bawang/cili yang telah diblend ada dalam peti sejuk, jangan pagi-pagi baru nak kupas bawang, dan blender' menjerit' pagi-pagi tak sanggup telinga mendengarnya.

- ikan/ayam yang nak digoreng dah siap lumur kunyit dan garam. Nanti pergi sekolah jari jemari kuning menguning, benci sungguh melihatnya.

- timbunan baju dah dilipat, tensionnya melihat baju tak dilipat.

- telefon dah dicas, sakitnya hati bila nak pakai tengok bateri dah meninggal

Kesiankan tak ada pembantu rumah tapi ucaplah Subhanallah 33X, Alhamdulillah 33X, Allahuakbar 33X dengan penuh yakin akan menghilangkan segala kepenatan, ianya lebih mujarab daripada seorang pembantu rumah
- Ucapkanlah dua kalimah syahadah sebagai ucapan terakhir andai esok tiada lagi peluang melihat dunia
- z z z z z z z z z.... tidurlah wahai permaisuriku

Monday, May 23, 2011

KMM lagi...

"Selamat tinggal rumahku, ibu ayahku, demuk dan Aliah, netbookku dan esp. bilik & katil tempat aku berlingkar selama hampir 2 bulan"

10 Mei 2010 menghantar Amer ke KMM Melaka. Setahun berlalu dan sejarah berulang kembali, hari ini 23 Mei 2011 menghantar Akak pula ke KMM. Walau pun jauh di sudut hati terlalu mengharapkan Akak tidak ke sini kerana menjangkakan permohonan ke IPG berjaya, tetapi hari ini aku redha, Allah swt lebih mengetahui apa yang terbaik untuk Akak. Bukalah pintu hati untuk menguasai ilmu setinggi yang mungkin, apabila pintu hati sudah terbuka tiada apa lagi yang boleh menghalang kejayaan. Gunakan senjata hebat yang ada semaksimum mungkin (solat, puasa, zikir dan doa). Semuga Akak berjaya dengan cemerlang, Amin Ya Rabb

Tuesday, May 17, 2011

Hargai Guru...

Salah satu program yang dirancang sempena Hari Guru sekolah kami adalah "Hargai Guru". Setiap guru menyediakan hadiah bernilai RM 10 ke atas (ada yang lebih tak kisahlah rezeki masing-masing), hadiah tu dinomborkan dan setiap guru akan buat cabutan untuk menentukan dapat hadiah mana, syaratnya kena redha lah kan kalau hadiah tu tak menceriakan hati. Sebab dah berjanji nak redha, tak payahlah nak komen dapat hadiah apa... kwang kwang, sorry to say hadiah yang mak dapat langsung tak ada manfaatnya, but I've no problem with that.
Ni lah satu-satunya program yang mak join, sukan/sukaneka... hancus! semangat kesukanan yang terlalu rendah telah menghalang mak menyertainya... alasan yang logik juga kan.
Amin Ya Rabb dalam kesibukan Hari Guru sempat juga menyiapkan soalan EA Kertas 1 & 2 yang masih terkial-kial ditaip sehingga hari Isnin 16 Mei, terjejas semangat nak meraikan Hari Guru (alasan lagi tu) teruk betul prestasi kerja, agaknya mak orang terakhir menghantar soalan untuk dicetak. Salah mak juga, dah awak buat jadual exam, kenapa tak letak tarikh exam EA tu lambat-lambat sikit, gunakanlah jawatan awak tu untuk kepentingan diri sendiri...ngeh ngeh.
Satu perkara yang agak dikesalkan...tiadanya kesedaran untuk memberi hadiah yang pahalanya berkekalan hingga ke alam barzakh, sebut hadiah semuanya terfokus kepada kilauan duniawi, dah tu nak hadiah besar-besar, kecil dianggap tak bernilai. Sebuah buku Al Mathurat yang bernilai RM 5 pun lebih bermakna jika diamalkan oleh penerimanya dan sipemberi sama-sama mendapat pahalanya selagi ia diamalkan.
Kepada tuan/puan yang menerima hadiah bernilai RM15 + beg RM 3.50, harap anda dapat memanfaatkannnya semaksimum mungkin malah yakinlah hidup anda menjadi lebih signifikan selepas ini.
"Ya Allah hanya padaMu aku berlindung daripada segala kepalsuan dunia yang membuat aku alpa"

Mei Bulan Istimewa
Bulan Mei nampaknya menjadi bulan agak istimewa untuk diri sendiri kerana akan menerima ucapan Selamat Hari Ibu, Selamat Hari Lahir dan Selamat Hari Guru. Walau pun pernah menulis sesuatu info tentang hari ibu di entry terdahulu, tetapi apabila anak mengucapkan hari ibu terima juga seadanya di samping mengingatkan mereka agar membaca entri lama tentang sejarah hari ibu.
Ibu adalah harta yang amat bernilai dan tiada tolok bandingannya.
Selagi mereka masih ada hargailah mereka
Dunia ini akan sepi tanpa insan seikhlas hati seorang ibu
Gembirakanlah mereka sebagaimana mereka menggembirakanmu
Doakanlah mereka sebagaimana mereka tanpa jemu mendoakanmu


Saturday, May 7, 2011

Pabila demuk menjerit

Aduhai pantasnya masa berlalu, dah bulan Mei. Mak tak boleh leka-leka lagi, baju bertimbun nak jahit, langsir lagi. Izan pulak hantar kain langsir rumahnya kat Terengganu untuk majlis kawin adiknya nanti. Mampu ke mak nak buat semua ni. Cuti Sabtu dan Ahad lajunya seperti tiada maknanya lagi, berlalu sepantas kilat. Pergi lawat/hantar Amal/Nunun, kenduri.. bla..bla, kerja satu pun tak jalan. Minggu ni mesti kuatkan semangat, sekurang-kurangnya kerja menggunting mesti selesai. Pagi mesti dimanfaatkan sepenuhnya... tiba-tiba "ibu... nak sarapan!!!!!!!". Jap yek.... then bunyi lagi dengan frekuensi yang lebih tinggi "ibu...nak sarapan !!!!!"adoi adoi sebelum frekuensinya bergema seluruh taman, lebih baik mak berhenti menjahit dulu dan ke dapur pulak prepare bekfes untuk sidemuk, kalau tak haru biru jadinya. Begitulah apabila demuk telah menjerit ......

Saturday, April 23, 2011

Budak Obes????


Kantin sekolah kini dilarang menjual makanan ringan dan minuman berkarbonat serta kekerapan menjual nasi lemak hendaklah dikurangkan , dalam usaha menangani masalah obesiti yang semakin ketara di kalangan kanak-kanak. Guru-guru pula diminta mencatat BMI setiap pelajar untuk mengawal masalah itu. Larangan menjual makanan 'kosong' sebenarnya telah lama digembar gemburkan cuma tiada penguatkuasaan malah di luar pagar sekolah menanti puluhan jenis junk food yang menjadi kegilaan kanak-kanak.
Persoalannya adakah punca obesiti disebabkan pemakanan di sekolah atau pun obesiti sebenarnya ber'akar' dari rumah. Kemewahan dan kesenangan hidup menyebabkan gaya pemakanan telah berubah. Demi kasih sayang terhadap anak, peti ais penuh dengan stok nugget, hot dog, burger, french fries, ais krim dan seribu satu jenis makanan seperti yang diiklankan di televisyen. Lauk.... ayam adalah menu wajib, kalau lauk ikan seolah-olah bukan lauk. Kelat muka anak-anak bila buka tudung saji lauk ikan... mak tak ada lauk ke... ikan tu bukan lauk rupanya.
Lucu juga kecoh-kecoh nak mencegah obesiti di sekolah tapi di rumah melantak macam-macam, sebut nak pi McD, KFC melonjak-lonjak ke'happy'an mereka, belum cerita family yang suka makan di luar dan ode sesedap rasa sampai bil mencecah tiga angka. Sampai nak mencontohi Jepun yang mempunyai seorang pakar pemakanan di setiap sekolah, dasat tu. Mujur tak ada cadangan meletakkan seorang pakar nutrisi di setiap rumah kwang kwang kwang. Kepada cikgu cikgi jangan marah ye kenalah jadi doktor/nurse memantau berat badan murid, mak pun cikgi jugak ngeh ngeh.
Mak ni bukan nak mengata orang, anak mak yang bongsu tu, masuk dalam kategori obesiti tak kalau figure dia cam kat atas nun. *maaf wajah tidak dapat dipaparkan kerana dilarang oleh pemiliknya heh heh. Adoi kalau 'putera bongsu' tu termasuk dalam kategori obes, mak kena jalani kaunseling pulak, kacau kacau.

Tuesday, April 19, 2011

Merosotnya produktiviti

Cuti tiga hari sempena Melaka Bandaraya Bersejarah diharapkan dapat mengurangkan longgokan kain yang masih tidak bergunting di dalam 'wokshopku' . Tapi hasilnya hanya sehelai baju bergunting dan siap dijahit, pun tidak siap sepenuhnya, maniknya masih terkial-kial nak dilengkapkan untuk dipakai akak interview IPG Khamis ni. Dulu kalau cuti tiga hari 'hasil' amat memuaskan... tapi kini mengapa terlalu sukar. Kain langsir yang dah dibeli 50 meter tu tak tau lah apa nasibnya.... ke manakah perginya 'nikmat masa' 24 jam tu.
"Ya Allah permudahkanlah segala urusanku, bantulah hambaMu yang lemah ini."

Thursday, April 14, 2011

Selamat hari Lahir Ayah (Kekasih duniaku)


14.04.2011 hari lahir ayah pulak. Happy Birthday Mr Hasan.
Kepada semua orang yang menyambut birthday...hayatilah mutiara kata ini " Sesungguhnya aku hairan melihat orang yang bersedih kerana hartanya berkurangan, tetapi tidak bersedih apabila umurnya berkurangan" - Yahya bin Muadz.
Teringat kata seorang penceramah, setiap kali sambut hari lahir orang akan ucap semuga panjang umur, hakikatnya setiap hari yang berlalu umur kita semakin pendek, haruskah diucap selamat pendek umur... tak sesuai, yang lebih sesuai.... selamat hari lahir, baki umur anda semakin berkurangan, termasuklah mak yang akan menyambut besday tepat sebulan dari sekarang.
"Kita pasti akan berpisah di dunia sementara, berdoalah agar bertemu kembali di Firdaus nanti"

Monday, March 21, 2011

Selamat Hari Lahir Aid


20.03.2011 Selamat Hari Lahir yang ke 8 untuk Aid tersayang. Disebabkan takut kesibukan hari Ahad, kita celebrate jam 12.00 malam.... kelakarnya tak pernah dibuat -buat sebelum ni. Semuga Aid sentiasa dalam peliharaan dan rahmat Allah swt.
Aid… you are not little anymore, but you are always a baby to me!
* khemah tu bila nak bukak, menyemak je