Total Pageviews

Thursday, December 22, 2011

9A KINI DALAM GENGGAMAN


TAHNIAH PRINCESS ALIAH
26 Muharram.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Hari ini keputusan PMR keluar.
Jam 11 pagi, kami ke SMK Datok Hj Talib Karim.
Tunggu dalam debar. Air mata dah mula keluar. Beristighfar sahaja yang mampu dilakukan.Tunggu hingga jam 12.00
Nama pertama disebut : Aliah Khaliqah binti Hasan. Tuhan sahaja yang tahu, berakhir sudah penantian yang menyiksakan. Alhamdulillah, selepas kejayaan berganda bagi tahun 2010 (Akmal 5A UPSR dan Nunun 9A PMR) saat indah itu berulang kembali hari ini. Gembira dan terharu bila dia juga mengikut jejak langkah kakaknya. Akhirnya segala usaha dan penat lelahnya terbayar dengan kejayaan yang dimiliki hari ni. Mak pun dah bolehlah  melepaskan nafas kelegaan. Hati emak mana lah tak dup dap dup dap.
Terima kasih tidak terhingga buat guru-guru yang telah turut memberikan komitmen dan mendoakan kejayaan Aliah. Terima kasih SMKDTHK. Teruslah mendidik anak-anak muridmu. Muga menjadi anak-anak soleh dan memiliki akhlak terpuji... hanya di sini segalanya bermula..
Tapi.. dalam suka ada duka. Mungkin Aliah akan ke asrama, tinggallah kami bertiga-tigaan.
Dikurniakan Allah anak yang cemerlang sudah memadai bagiku... terima kasih ya Rabb nikmatMu yang mana lagi yang ingin kudustakan.
Semoga Allah melimpahkan keberkatan dan rahmat, serta memberikan kejayaan berterusan dlm pelajaran, kehidupan di dunia dan di akhirat buat semua yang sangat kusayangi... amin.. ya rabbal a'lamin...
* Hadiahnya... esok kita jalan ke Terengganu ok. 

 "Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi yang jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak"

Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah
Pakar Motivasi

Thursday, December 8, 2011

Bahagia di usia sendu

Nak kata 'senja' cam tuek sangat pulak, bolehlah kata 'usia sendu'. Jika diberi pilihan nak balik ke usia muda, jawapannya memang tak mahu kerana hidup lebih tenang di usia begini. Dulu ketika muda, hidup bagai tiada tujuan, amal ibadat ala kadar, solat asal solat sahaja. Belum cerita amal ibadat yang lain, boleh dikatakan hancus, fokus hanya kehidupan dunia. Kosong dan sia-sianya kehidupan tetapi menyesali masa lalu tak memberi manfaat langsung. Syukurlah Allah memberi hidayahNya. Seperti kata Prof Kamil (http://www.muhdkamil.org/blog/) ibadah haji adalah sempadan iman dan haji mabrur terletak pada fasa kehidupan selepas pulang sehinggalah kematian. Jika Allah takdirkan umur sehingga 60 tahun sahaja, tempoh antara umur 47 tahun sehingggalah 60 tahun (hanya 13 tahun). Mampukah aku bertahan kerana sebagai manusia hati memang selalu berbolak balik, apa lagi kehidupan sentiasa dikelilingi oleh hati-hati yang amat mementingkan dunia. Kadang kala aku simpati pada orang yang  seusiaku atau yang lebih tua tetapi seperti tidak mendapat 'isyarat', masih meminati hiburan, masih bercerita tentang lagu, drama , fesyen, harta benda, tidak perasankah mereka baki umur semakin sedikit. Syukurlah minat pada hiburan,pakaian cantik, perhiasan semakin pudar. Aku harus merenggangkan diri dari insan-insan yang bersifat terlalu keduniaan kerana ianya hanya menyukarkan perjalananku meniti titian siratMu. Kelilingilah aku dengan insan-insan yang memberi manfaat dunia dan akhirat.Wahai hati, biarkan daku menebus semula masa tersisaku yang telah dipersiakan sekian lama.


Wahai Tuhanku, bersihkan hatiku daripada bersikap bermuka dua, dan bersihkan amalanku daripada riya', dan bersihkan lidahku daripada dusta, dan bersihkan mataku daripada kecurangan. Sesungguhnya Engkaulah yg mengetahui setiap jelingan mata yg curang dan segala sesuatu yg tersembunyi di dalam dada.