Total Pageviews

Saturday, June 22, 2013

Jum makan mee sup

Sesiapa yang rajin makan luar tapi budget ciput, bolehlah ke Tengkera makan mee sup yang popular, aku tak pasti popular ke tak tapi yang pasti apabila kita dah masuk kedai ni, kelihatan pelanggan yang masuk dan keluar bertali arus.  Menunya cam biasa aje, tapi tengoklah ada orang makan sampai licin.
Dah kenyang termenung pulak...
Satu lagi ada jual popia yang spesel sangat yang rasanya kat tempat lain tak akan jumpa. Nak rasa popia ni kena datang awal sikit, kalau pukul 6 ke atas memang dah sold out lah. Malangnya aku terlupa nak ambik gambar mee sup dan popia ni, yang ada gambar mangkuk kosong aje, keh keh
Ada orang tak cukup makan kat kedai aje, mesti tapau bawak balik nak makan malam nanti... siapa tu ye..
dan satu lagi yang best dekat sangat dengan masjid tertua Melaka ni, soal dah solat ke belum memang tak ada masalah. 
Cubalah singgah di sini, kita orang kalau pi Melaka tak singgah sini, Aid akan merajuk dan tarik muka masam.

Monday, June 3, 2013

Happy Birthday Amal

Sabtu 01062013 birthday Amal yang ke-15. Oleh kerana hari tu sibuk dengan majlis kawin Zaini, hari Ahad malam baru celebrate kat sini
 Dah kenapa pulak sibaju hijau ni
Pengganti kek... dah tak lalu nak makan kek lagi
Pelengkap kekenyangan 
Hadiah birthday... jangan jelly...


Ni pun hadiah jugak...


Selamat Hari Jadi Amal - semuga menjadi anak solehah,pandai menjaga diri dan berjaya dunia dan akhirat.

Pastikan 9A dalam genggaman.

'we turn not older with years but newer everyday'