Total Pageviews

Saturday, April 23, 2011

Budak Obes????


Kantin sekolah kini dilarang menjual makanan ringan dan minuman berkarbonat serta kekerapan menjual nasi lemak hendaklah dikurangkan , dalam usaha menangani masalah obesiti yang semakin ketara di kalangan kanak-kanak. Guru-guru pula diminta mencatat BMI setiap pelajar untuk mengawal masalah itu. Larangan menjual makanan 'kosong' sebenarnya telah lama digembar gemburkan cuma tiada penguatkuasaan malah di luar pagar sekolah menanti puluhan jenis junk food yang menjadi kegilaan kanak-kanak.
Persoalannya adakah punca obesiti disebabkan pemakanan di sekolah atau pun obesiti sebenarnya ber'akar' dari rumah. Kemewahan dan kesenangan hidup menyebabkan gaya pemakanan telah berubah. Demi kasih sayang terhadap anak, peti ais penuh dengan stok nugget, hot dog, burger, french fries, ais krim dan seribu satu jenis makanan seperti yang diiklankan di televisyen. Lauk.... ayam adalah menu wajib, kalau lauk ikan seolah-olah bukan lauk. Kelat muka anak-anak bila buka tudung saji lauk ikan... mak tak ada lauk ke... ikan tu bukan lauk rupanya.
Lucu juga kecoh-kecoh nak mencegah obesiti di sekolah tapi di rumah melantak macam-macam, sebut nak pi McD, KFC melonjak-lonjak ke'happy'an mereka, belum cerita family yang suka makan di luar dan ode sesedap rasa sampai bil mencecah tiga angka. Sampai nak mencontohi Jepun yang mempunyai seorang pakar pemakanan di setiap sekolah, dasat tu. Mujur tak ada cadangan meletakkan seorang pakar nutrisi di setiap rumah kwang kwang kwang. Kepada cikgu cikgi jangan marah ye kenalah jadi doktor/nurse memantau berat badan murid, mak pun cikgi jugak ngeh ngeh.
Mak ni bukan nak mengata orang, anak mak yang bongsu tu, masuk dalam kategori obesiti tak kalau figure dia cam kat atas nun. *maaf wajah tidak dapat dipaparkan kerana dilarang oleh pemiliknya heh heh. Adoi kalau 'putera bongsu' tu termasuk dalam kategori obes, mak kena jalani kaunseling pulak, kacau kacau.

Tuesday, April 19, 2011

Merosotnya produktiviti

Cuti tiga hari sempena Melaka Bandaraya Bersejarah diharapkan dapat mengurangkan longgokan kain yang masih tidak bergunting di dalam 'wokshopku' . Tapi hasilnya hanya sehelai baju bergunting dan siap dijahit, pun tidak siap sepenuhnya, maniknya masih terkial-kial nak dilengkapkan untuk dipakai akak interview IPG Khamis ni. Dulu kalau cuti tiga hari 'hasil' amat memuaskan... tapi kini mengapa terlalu sukar. Kain langsir yang dah dibeli 50 meter tu tak tau lah apa nasibnya.... ke manakah perginya 'nikmat masa' 24 jam tu.
"Ya Allah permudahkanlah segala urusanku, bantulah hambaMu yang lemah ini."

Thursday, April 14, 2011

Selamat hari Lahir Ayah (Kekasih duniaku)


14.04.2011 hari lahir ayah pulak. Happy Birthday Mr Hasan.
Kepada semua orang yang menyambut birthday...hayatilah mutiara kata ini " Sesungguhnya aku hairan melihat orang yang bersedih kerana hartanya berkurangan, tetapi tidak bersedih apabila umurnya berkurangan" - Yahya bin Muadz.
Teringat kata seorang penceramah, setiap kali sambut hari lahir orang akan ucap semuga panjang umur, hakikatnya setiap hari yang berlalu umur kita semakin pendek, haruskah diucap selamat pendek umur... tak sesuai, yang lebih sesuai.... selamat hari lahir, baki umur anda semakin berkurangan, termasuklah mak yang akan menyambut besday tepat sebulan dari sekarang.
"Kita pasti akan berpisah di dunia sementara, berdoalah agar bertemu kembali di Firdaus nanti"