Total Pageviews

Tuesday, November 26, 2013

Azam cuti

Azam cuti kali ni nak maintain sapu dan mop lantai luar dan dalam rumah
                                           dalam                          luar

Sedap aje pijak bila selalu sapu dan mop ni, siap bilas dengan softlan lagi, barulah wangi. Dah 12 hari cuti, tiga kali dah aku mop...rajinnya aku....kalau time sekolah...hampeh!

Sunday, November 24, 2013

November

Somebody up there Loves you
Somebody down here cares for you
Happy Birthday my sweetheart....you have grown a year more (ucapan kopipes kat gugel..malas nak fikir ayat he he)
24 Nov 2013  (Ahad) - celebrate birthday Aliah
Selepas tu pergi Bee Loon cari baju sekolah Aid... awalnya beli ... jangan tambah saiz badan ye cuti-cuti ni, nanti tak muat pulak baju baru. Kedai ni adalah pilihan kami sejak Amer masuk sekolah, kalau kira melabur dah beriban-riban dah kan. Dulu kedai tecit je... sekarang dah jadi gedung, siap ada hotel lagi. Selesa beli kat sini, luas dan layanan secara individu walau pun pelanggan ramai.
Sempat jugak dak Amal ni
Ini baru satu pertiga... itu pun beli di kedai orang kebanyakan, kira low kelas la...cam aku lah tu... belum pi Jusco ke Parkson ke

Aku pun sempat gak... mujur dekat nak Maghrib, kalau tidak mahu berdoubel pelastik warna itam tu
Sebelum balik mesti singgah, kalau tidak ada orang majuk...ceh tak makan sayur ye..Kali ni aku tak order mihun sup, makan popia je tapi masam sikit pulak, cinabeng tul, konfem aku sakit perut esok ni.
Gambar selingan... sekian terima kasih


Monday, November 18, 2013

AID

the way I love Aid....
berbaloi...
bab buat latihan Aid no problem... tapi kalau bab buat folio akulah mangsa kalau Nunun tak ada kat rumah
hamik kau...16 Nov dah beli buku latihan Std 5
the way En Has loves his son....
whatever... everyone loves you walau pun dia satu-satunya yang kebam bam


RANDOM

26 Oktober 2013 Majlis Graduasi SBPI selandar
5 Nov ... menjelang sehari SPM 2013

12 Okt ... sempat jalan
Entah bila kita dapat berkumpul lagi.
Semuga Allah swt kekalkan kasih sayang kita till jannah. Amin.

Good Luck Amal dan Aliah



Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

 Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu Ya Allah.
 Ya Allah, Ya Tuhan kami,
 Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
 Ya Allah, Ya Tuhan kami,
 Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu Ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima oleh Mu.
 Ya Allah, Ya Tuhan kami,
 Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu Ya Allah. Semata mata kerana Mu Ya Allah. Semata mata kerana Mu Ya Allah. 
 Ya Allah,
 Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu Ya Allah.
 Ya Allah,
 Anak anak kami sedang menduduki peperiksaan SPM Ya Allah. Kami mohon kepada Mu Ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang sedang mereka hadapi Ya Allah.
 Ya Allah,

 Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

 Ya Allah Ya Tuhan kami,

 Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.

 Ya Allah,

 Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

 Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang Ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di Akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

 Ya Allah,

 Jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa. 

 Ya Allah,

 Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku Ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

 Ya Allah,

 Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya Ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami Ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan Ya Allah.

 Ya Allah

 Dengan kecemerlangan anak kami ini, moga akan  bertambah iman kami kepada Mu Ya Allah

 Ya Allah,

 Jadikanlah anak kami anak yang soleh Ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya Ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli Syurga Ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke Syurga Mu Ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke Neraka Mu Ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah Ya Allah.

 Ya Allah,

 Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu Ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami Ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

 Ya Allah,

 Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. 

 Bantulah kami Ya Allah.

Amin Ya Allah, Amin Ya Rahman, Amin Ya Rabbul Alamin.