Total Pageviews

Sunday, December 30, 2012

Jejak kasut...(kasih)


Hari ini 30 Dec 2012 aku shooting program 'jejak kasut' di UPM Serdang. Setelah 23 tahun berlalu (lebih kuranglah... daya matematik aku pun dah semakin lemau) tak pernah kusangka aku akan menjejak kembali bekas tapak kasut aku yang telah sekian lama aku tinggalkan.
Setelah 2 minggu hati aku dan Nunun berbolak balik, Alhamdulillah akhirnya Allah swt menunjukkan jalan yang terang lagi bersuluh agar menerima sahaja tawaran Program Laluan Pantas UPM. Prinsipku mudah sahaja biar menyesal masuk jangan menyesal tak masuk! Eh apa yang aku merepek ni.
Setelah harapanku untuk melihat akak belajar di Unisza tercapai, aku 'verangan' pulak supaya Nunun, Aliah dan Amal sama-sama  belajar di UIA, tetapi Allah swt lebih mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Baik di mata kita belum tentu baik di sisiNya, mana mungkin Allah menganugerahkan sesuatu yang tidak baik untuk kita.

 Tepat jam 7.00 pagi berangkatlah kami... Mr Has kalau ambik gambar konpem kelabu keh keh
Sampai UPM jam 8.15 pagi, daftar di Kolej 13.
Tak sampai 5 minit dah selesai daftar... disediakan breakfast lagi.. Aid kata meehun sedap. Aid sume benda sedap hik hik.

Mr Has risau Nunun kecik sangat (tak matanglah tu) nak masuk U... he he
 Sesi mengangkut barang tapi budak baju coklat tu sesi menyebok
 - (Bilik mak 23 tahun yang lalu, dulu gambar kat depan pintu cam budak yang innocent tapi sekarang cam acik warden yang dah nak pencen heh heh)

Tersangatlah ohsom... Nunun dapat Kolej 2.... itu tempat mak berkubang dulu. Bilik Nunun 012, depan tangga, turun aje tangga bilik 002 ....bilik mak dulu dik non... berhenti jap ambik gambar, sadis sungguh rasanya. Masa ambik gambar ada 2 orang budak lalu,  hopefully dia tak cakap dalam hati dia mak ni psiko ke hapa. Kau tak tau dik non tempat jatuh lagi dikenang. Tak ada apa beza kecuali dulu remaja, sekarang dah tuek huk huk. Suasana masih seperti dulu cuma hanya satu jalan masuk dan keluar, yang lain semua sudah dikepung.
Dulu mak hantar anaknya, sekarang hantar cucunya. Subhanallah. Teringat gambar Uji tak pakai baju lompat-lompat atas katil.
Nunun tak ada room mate, tinggal sorang aje, kalau takut pi bilik sebelah ye he he

Taklimat lambat lagi, pergi Bangi dulu tengok baby Auni. Gambar-gambar kat rumah Ari pakai tab je... tu yang menyampah mak nak tengok, semua gambar cam bunga kembang semangkuk, tapi yang lawa tetap lawalah kan Aliah (statement merujuk kepada Aliah... ahaks)

Nama blok masih kekal dengan nama burung.
Jam 1.00 tgh,  fasi dah panggil taklimat, kami pun dah nak balik, jangan buat muka sedih pulak.


Mr Has ter'over' sedih, mak biasa aje sebab zaman mak dulu lagi hazab!
Gambar dari dalam kereta... bye bye. Buat-buatlah tersengih pada hal kau sedih kan kan
Alhamdulillah sempat solat Zohor berjemaah di sini...kaler masjid pun dah lain
otw balik melencong ke Kajang untuk mengalas perutlah konon kata sibaju coklat

 
Alamak sebelah ada playground pulak, kenalah penuhi hajat sibaju coklat dulu
Aid lebih ringan dari Aliah sebab tu Aid terapung ha ha. Aliah alim pulak hari ni pakai baju kurung. Amin.


Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mengerjakan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doa kami. Tuhanku, ampunilah aku dan ibubapaku serta sekelian orang-orang mukmin pada hari hisab nanti"
- Surah Ibrahim 40-41

Tuesday, December 25, 2012

Welcome....

New members in our family.....


LISA - lebih kurang 50 hari (geramnya....)


AUNI - baru 2 minggu 

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah suci bersih. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi"
(Hadis riwayat Imam Muslim melalui kitab: Qadar)

Nasihat Luqman kepada anak-anaknya:


1. "Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.

2. Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat biji sawi serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya) kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.

3. Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

4. Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai". 



"Ya Allah, sempurnakah tanggungjawab ku terhadap anak-anak?". Terasa berat beban di bahu. Minda sentiasa berfikir, "selamatkah mereka dari siksa kubur dan api neraka? Bertemu semulakah kami semua di syurga Firdaus?".  

Maafkan kami anak-anak kerana makam kami memang tidak setaraf Lukman. Wallahualam.

Saturday, November 24, 2012

Selamat Hari Jadi Aliah

24.11.2012 Sabtu - menyambut hari jadi Aliah yang ke 16
Dengan ucapan semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanafaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan, hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.
Buat Aliah Ucapkanlah syukur kepada ALLAH SWT atas nikmat usia yang diberikan dan berdoalah agar kita terus dibimbing ke jalan yang lurus. Me & Mr Has : terima kasih kepada ALLAH SWT atas peluang dan kesempatan yang diberikan-Nya kepada kami untuk menjadi ibu bapa, muga menjadi ibu bapa yang amanah, berilmu, beriman dan bertakwa. Amin Ya Rabb

Monday, November 5, 2012

DOA BUAT AINUNUL KHALILAH (SPM 2012)

DOA IBU BAPA UNTUK ANAK SEDANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu Ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan kami,

Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan kami,

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu Ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima oleh Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan kami,

Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu Ya Allah. Semata mata kerana Mu Ya Allah. Semata mata kerana Mu Ya Allah. 

Ya Allah,

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu Ya Allah.

Ya Allah,

Anak anak kami sedang menduduki peperiksaan SPM Ya Allah. Kami mohon kepada Mu Ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang sedang mereka hadapi Ya Allah.



Ya Allah,

Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan kami,

Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.

Ya Allah,

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang Ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di Akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

Ya Allah,

Jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa. 

Ya Allah,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku Ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,

Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya Ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami Ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan Ya Allah.

Ya Allah

Dengan kecemerlangan anak kami ini, moga akan  bertambah iman kami kepada Mu Ya Allah

Ya Allah,

Jadikanlah anak kami anak yang soleh Ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya Ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli Syurga Ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke Syurga Mu Ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke Neraka Mu Ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah Ya Allah.

Ya Allah,

Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu Ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami Ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.


Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. 

Bantulah kami Ya Allah.
Amin Ya Allah, Amin Ya Rahman, Amin Ya Rabbul Alamin.

(TERIMA KASIH : atuk-phd.blogspot)

Tuesday, September 11, 2012

alahai idola kecil

'ter'tonton iklan di TV9 ketika menemankan Aid tengok cerita apa ntah, iklan mempelawa adik-adik bawah 12 tahun ke uji bakat idola kecil musim ke lima. Dah musim ke lima rupanya, dah berzaman tak tengok, yang aku perasan musim pertama dan ke dua aje sebab masa tu gegel-gegel kecik lagi, selalu tune kat situ.
Mungkin aku ni semakin tuek atau pun memang dasar kolot, memang aku tak berkenan sesangat tengok rancangan tu, budak kecik terkinja-kinja, mekap ngalahkan orang tua. Kalau kalah siap mak bapak sama menangis. Em.. alahai nak salahkan dia orang tak boleh jugak, dah mak bapak pun suka. Habis nak salahkan penaja, apa kisah janji untung beb. Inikah generasi masa hadapan, terkinja-kinja, tergedik-gedik,  obses dengan hiburan. Sekadar meluahkan kebimbangan, penyokong taksub jangan meroyan pulak, semua orang bebas meluahkan pandangan iya tak. Alahai idola kecil... apakah sumbanganmu terhadap pembentukan modal insan...

Wednesday, September 5, 2012

Selangkah ke hadapan

3 September 2012 - bermulanya dunia baru Akak sebagai siswi di UNiSZA
Aid & Mr Has lepak depan kafe

Alhamdulillah, selesai daftar,giliran ke 107  tak sampai sejam pun
Menuju ke asrama
ops jumpa kawan fb, boleh cam muka akak walau pun tengok gambar aje
wow ada ruang dining
dalam bilik
katil siap, debab rasmi dulu
persiapan minggu mesra siswa
sebelum berpisah
akak dah sedih
thanks jurukamera
.....pergi dengan harapan, pulang dengan kejayaan......
me.... nothing much to say .....sedih jugak...sob...sob
Semuga Allah swt melindungi akak yang kini jauh dari mata. Hanya kepadaMu kami berlindung.Amin Ya Rabb
Lagi cerita di sini:
http://selalu-ingat-allah.blogspot.com/

Baju akak: Butik Busana Menawan

Wednesday, June 13, 2012

Happy Birthday Amal

Jumaat 1 Jun 2012
Happy Birthday Amal
Gambar Amal paling cantik
14 yrs old girl.

Sunday, June 3, 2012

Kenapa mak tak suka ...

Cuti pertengahan tahun ni ramailah yang buat kenduri kawin. Kalau melibatkan saudara dan rakan rapat kenalah pergi kan. Sebenarnya menghadiri kenduri kawin ni adalah salah satu agenda yang mak rasa 'kureng' suka sikit kerana ada beberapa perkara yang mak tak berkenan seperti:

A. Pencemaran Telinga
i. lagu dipasang terlalu kuat hingga memecahkan gegendang telinga.... kalau terjumpa rakan lama tak boleh nak bercakap apa pun, salam aja lah.
ii. bertambah annoying ada DJ tak bertauliah yang bla bla bla habis semua orang ditegur... ada pulak DJ yang kenal laki I, dia cakap "selamat datang kepada En Hasan dan isterinya... berdua aje macam pengantin baru... bluek bluek... terkena jugak aku.
iii. mak suka pergi rumah Kak Rubiah kat Masjid Tanah, hanya pasang bacaan Al Quran, tak ada lagu gila yang menyakitkan telinga
iv. yang terbaru kat Bukit Piatu rumah sedara En Has, pengantin berarak siap ada mercun, tak kurang 10 kali meletup-letup, mak dengar bunyi mercun memang stress
v. kat kampung En Has ni DJ dia suka mainkan lagu 60-an yang jiwang kerawang, bertambahlah sakit telinga mak.

B. Pencemaran Mata
i. pompuan yang tak menutup aurat dengan bangganya mempamerkan 'kecantikan' dari hujung rambut ke hujung kaki baik anak dara atau mak orang, tak payah ulas lebih-lebih, siapa pergi kenduri kawin boleh lihat sendiri gelagat pompuan akhir zaman.
ii. pompuan yang bertudung tapi pakai baju ciffon tanpa lining, pakai simis je, aduhai kak aurat tu rambut aje ke...
iii. pompuan pakai t shirt dengan seluar je... nampaknya perempuan melayu terakhir  dah tak pandai bezakan pakaian ke majlis dan pakaian nak pi jogging. Nak pakai seluar pun pakailah jubah seluar yang nampak lebih sopan.
iv. ada satu majlis kawin (dah lama) mak ternampak pompuan yang pakai t shirt dengan seluar duk termenung muka pulak muram,  mak cakap dalam hati dah lah baju selekeh muka pulak cam orang mati laki..... ha... kan mak dah dosa
v. ada satu majlis kawin pulak, kawan sekolah, ramailah bekas anak murid yang hadir. Mereka duduk semeja bergelak ketawa tak hengat, sampai ada mak cik tu pandang-pandang. Malunya tengok gelagat remaja pompuan zaman sekarang, dah tak reti jaga adab dalam majlis.

C. Pembaziran
i. badan cekeding tapi ambik nasi dan lauk sebumbung. boleh habis ke dik, mentang-mentang ceduk sendiri, agak-agaklah, tak baca paper ke kat Somalia ramai yang kebuluran tak ada makanan.
ii. bawak anak kecik dalam stroller lagi.... mak sepinggan, anak dalam stroller sepinggan... suap dua tiga kali tolak pinggan....membazir tak nama nya tu... agak-agaklah, share aje nasi sepinggan dengan anak kecik tu
iii. dah macam wajib pulak tuan rumah bagi goodies, tak apalah kalau mampu tapi selalunya mampu's'... sori mampus nak tanggung kos lagi. Rasanya goodies ni tak perlu kalau setakat isi keropok ubi & gula-gula tak ada jenama. Suka dengan goodies kenduri Pak Sheikh hari tu, dewasa dapat towel, remaja dapat sarung telefon (sponsor Maxis) dan kanak-kanak dapat sweets, Tak payah balut-balut/beg bagai.Simple.
iv. Kad kawin punyalah glamour & mewah, membazir tu. Setuju dengan Pak Sheikh kad kawin sederhana, 1/3 saiz A4 aje, tu sebab jauh di Batu Pahat pun kami datang, keberkatan majlis terserlah dari awal lagi. Tak ada unsur bermegah-megah,  tu lah beza orang berilmu dengan yang tidak.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang annoying dalam majlis kawin. Mungkin inilah antara punca institusi keluarga yang semakin kacau dan  kadar penceraian yang semakin meningkat. Keberkatan sudah tidak ada sejak huruf A lagi.... apa lagi nak meneruskan sehingga Z. Masyarakat kita amat mementingkan persiapan sebelum perkahwinan, sedangkan persiapan selepas perkahwinan tidak ada langsung dalam agenda.

Monday, April 30, 2012

Lupa lagi....

Semenjak dua menjak ni selalu aje terlupa... lupa tu....lupa ni....mungkin faktor umur yang semakin tuek. Mujurlah jumpa artikel ni dari blog abang raja, mungkin dapat membantu:


Tips Kuatkan Daya Ingatan

Terdapat banyak cara untuk menguatkan daya ingatan kita iaitu ialah amalan membaca Al-Quran (bagi yang beragama Islam), berpuasa dan bersugi. Kata-kata khalifah terakhir Islam daripada Khulafa Al-Rasyidin, Saidina Ali Bin Abu Talib r.a., “Terdapat tiga perkara yang menguatkan ingatan dan menghilangkan balgham iaitu bersugi gigi, berpuasa dan membaca al-Quran.”

Bersugi; zaman nabi-nabi dulu bersugi dengan menggunakan kayu siwak terutamanya kayu zaitun kerana baunya harum dan dapat menghilang penyakit gigi.Banyak sebenarnya kelebihan bersugi;

1) Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“ Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih
baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang dengan tidak bersugi “.
( Riwayat Muslim )

2) Dapat menajamkan akal.
3) Dapat mencerahkan mata.
4) Melambatkan tumbuh uban .
5) Dapat menggandakan pahala.
6) Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal.

Berpuasa; selain berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, apa kata kita amalkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.


Definisi puasa pula bukannya terhad kepada menahan diri daripada makan dan minum sahaja. Puasa bererti menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Bukan setakat itu sahaja, kita juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Penglihatan dan pendengaran kita juga hendaklah dijaga.

Membaca Al-Quran;  Al-Quran adalah sebaik-baik bacaan bagi mereka yang beriman, sama ada ketika senang atau susah. Al-Quran adalah kitab suci diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai satu rahmat yang tiada bandingnya bagi seluruh alam. Penurunannya adalah semata-mata untuk dijadikan petunjuk, pedoman dan pengajaran bagi semua umat manusia di dunia ini
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar (membaca) al-Quran dan mengajarnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)


Jadi, carilah kesempatan untuk membaca Al-Quran pada setiap hari. Kalau boleh, amalkan membaca Al-Quran setiap kali selepas solat Subuh dan selepas solat Maghrib. Awal-awal memang susah nak jadikan amalan, tetapi bila dah jadi amalan, sehari tak baca Al-Quran, rasa serba tak kena. Dan baca sekali dengan tafsirnya sekali ye. Baru faham apa yang dibaca dan meresap ke dalam jiwa.
Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “Bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., "Banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran."


Dan, amalkan juga membaca ayat-ayat di bawah di waktu pagi dan petang.
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.


Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”. 
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

Saturday, March 17, 2012

Happy 9 th birthday Aid

20.03.2012 ni hari lahir Aid yang ke 9, tapi kami sambut awal sebab tarikh tu nanti dah sekolah, tak meriah sambut 3 orang kan.
orang yang paling manjakan Aid
orang no.2 yang manjakan Aid
Aksi terlampau dari besday boy
kerana akak nak join, sambut besday kat pondok pelawat KMM
three little girls yang tak mahu ketinggalan
Tinggal tiga.... sila berebut.

Thanks a lot Atam for the yummy yummy cup cakes.
"Semuga kita semua sentiasa berada dalam perlindungan Allah"

Friday, March 16, 2012

Tahniah Aid

Ujian 1 2012
menggembirakan ayah dan ibu sebab semua A
esp. yang ini:
English langsung tak belajar apa-apa sebab cikgu cuti bersalin, so mak nya ambil inisiatif sendiri beli 3 buah buku latihan buat sendiri di rumah.
Kalau tak kerana ke'careless'an tentu Math pun 100%, tapi apa nak buat, Aid memang selalu 'performed' bila ujian Math, kali ini tak ada rezeki. Syukur Alhamdulillah. Semuga Aid mengikut jejak kakak dan abangnya. Amin Ya Rabb.
Untuk ibu bapa, bekerjasamalah untuk merealisasikan kejayaan anak-anak. Jangan hanya menyalahkan guru apabila anak kurang cemerlang.

Friday, March 9, 2012

Backdated entry

1. Dunia baru Aliah
7 Februari 2012 Aliah mendaftar di SBPI Selandar
Bye bye 'I'm gonna miss my home' (tu dalam hati Aliah agaknya)
Menunggu giliran
Insya Allah, segalanya pasti lebih mudah, sekolah ni bukan asing bagi kita, dah masuk 4 tahun kita berulang alik di sini, syukur padaMu Ya Allah.
Dunia baru bermula saat ini, semuga Allah merestui perjalanan hidup kita semua. Amin Ya Rabb.

2. Happy 17th  Nunun (18.2.2012 Saturday)
Semuga Allah kurniakan kehidupan dan kesihatan yang terbaik buat kita semua dan khas untuk Nunun semuga cemerlang dalam SPM 2012

Tq sis for the lovely cake