Total Pageviews

Wednesday, July 31, 2013

Ramadhan 22

Ramadhan terus berlari... mampukah kita mengejarnya?

Tuesday, July 30, 2013

Ramadhan 21

Hari ni En Has balik tak bawak apa-apa jadi aku manfaatkan segala sumber yang ada dalam peti ais untuk memeriahkan majlis berbuka puasa hari ni. Stok murtabak mini dan popia beli di outlet ayamas, itulah satu-satunya murtabak yang aku selera nak makan tapi popianya inti tak berapa mengancam qalbu. Donut pula memang warna coklat, konfius aku masa goreng dah masak ke atau hangus.Air oren Twister beli kat Mydin dua botol besar RM7.99... murah gilers mana nak dapat!
Ingin mengatakan.. Ramadhan jangan pergi... tapi setiap yang bermula pasti ada akhirnya.
Misi mencari homestay di Cameron Highlands masih tak berjaya...mungkin nak survey apartment pulak... tapi tokey cha ya nun alif lah gamaknya.

Monday, July 29, 2013

Ramadhan 20

Hari ni menu amat simple, kuetiaw dan kari kepala ikan untuk En Has dan ikan goreng. Aid ni bagusnya tak kisah pun lauk apa, semuanya sedap he he.En Has beli sambal belacan Adabi, tersangatlah kuat rasa MSG nya, lebih baik aku buat sendiri walau pun percikannya sampai ke dinding sabar ajelah.
Nampaknya plan kami nak ke Cameron Highlands macam hampir jadi cuma homestay yang kita contact semuanya dah penuh. Misi mencari diteruskan....
*aku masih gigih meng update blog!

Sunday, July 28, 2013

Ramadhan 19

Hari ni Amer tak cakap awal-awal nak bawak kawan, tiba-tiba dah terpacul aje. Mujur aku masak nasi ayam dan ada beli ketupat & lemang. Kuih-kuih pun banyak juga, Aid berkenan apam warna warni tapi tak sedap mana pun. Amer pulak tak pernah-pernah beli kuih donut, konpem tak habis he he.

Saturday, July 27, 2013

Ramadhan 18


Hari ni plan nak beli nasi kerabu aje... tapi Aid nak makan apa pulak, akhirnya masak jugak... nasi lemak untuk Aid, lauknya ikan siakap bakar. Aid tak suka ikan bakar tapi strategi aku, gaulkan siap-siap dalam nasi, dia tak perasan pun ada ikan, licin jugak kan kan. Nasi kerabu ni beli kat Paya Datuk, peniaganya memang jual nasi kerabu walau pun di luar bulan Ramadhan, bukan peniaga ad hoc ye. Satu panduan membeli di bazar Ramadhan, tengok peniaga tu biasa meniaga ke tak, kalau nak memilihlah... kalau jenis tak kisah lantak kaulah ha ha ha.

Friday, July 26, 2013

Ramadhan 17

Hari ke 17... masih 'gigih' meng update menu. Aku tak selera beli murtabak di bazar Ramadhan, mujur Ayamas outlet ada jual murtabak frozen tapi kuahnya buang aje sebab tak sedap langsung, jadi kena topup kuah/sambal sendiri.En Has mencuba pie ayam, juga beli di Ayamas, masak dalam oven 8 minit aje, tapi rasa tak mengancam sangat selera aku. Aid bersorak riang bila ada ayam dalam menu, yang goreng sapu, yang masak merah pun sapu bersih. Aduhai salah akukah tak menjaga pemakanan dia.....
Hari ini juga emak Kamariah kembali ke Rahmatullah... dulu kami sangat rapat, selalu datang ke rumahnya tapi apabila sibuk dengan urusan anak-anak, jarang sekali aku datang ke rumahnya. Menitis air mata aku ketika membaca Yasin di sekolah tadi. Semuanya kini tinggal kenangan.... Al Fatihah.

Thursday, July 25, 2013

Ramadhan 16


"Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Wednesday, July 24, 2013

Ramadhan 15

Roti canai jenama Zaimah, sedap dan gebu, makan pulak dengan kari kambing dan sambal bilis, semua air tangan aku kecuali air soya cap kedai. Dulu pernah buat air soya sendiri, sedap dan pekat tapi sekarang dah tak rajin pulak.
Ramadhan semakin tua... 'meningkatkah' aku....

Tuesday, July 23, 2013

Ramadhan 14

Hari ni hidup aku senang sikit sebab En Has beli kambing bakar, ayam panggang dan roti john. Aku cuma goreng ikan untuk Aid tapi biasalah aku 'kureng' sikit nak makan benda-benda ni. Entah peniaga ad hoc ke, peniaga dah pro ke, aku pun tak tau. Tak boleh komplen nanti En Has merajuk pulak.
Hari ni resullt sem.2 akak keluar... meningkat agak banyak dari 3.xx kepada 3.xx, tahniah akak, teruskan kecemerlangan.
Ramadhan semakin pantas berlalu, aku rasa belum mencapai tahap yang aku ingini kerana sibuk dengan urusan duniawi.

Monday, July 22, 2013

Ramadhan 13

Hari ni masak sempoi sikit, tom yam tu menu semalam tapi lupa nak compile gambar, nampaklah menu aku banyak sikit  he he.
Hari ni dalam sejarah aku terlelap kat kelas, mujur aku dah bagi soalan buat latihan, budak2 pun tak perasan sibuk jawab soalan kot.
Dah 13 hari berlalu... di manakah aku?

Saturday, July 20, 2013

Ramadhan 12

Semalam (20 Julai 2013) hari jadi Amer yang ke 21. Minggu ni Amer balik bawa kawannya dari Penang yang sama-sama praktikal di MOSTI.
Semuga Amer dipanjangkan usia dan sentiasa dalam perlindungan Allah swt.

Ramadhan 11


11-20 Ramadhan - fasa maghfirah

Thursday, July 18, 2013

Ramadhan 9-10

Ramadhan 9

Ramadhan 10
pantas masa berlalu..... sudah 1/3 Ramadhan

Wednesday, July 17, 2013

RAMADHAN 8


Alhamdulillah genap seminggu melalui bulan Ramadhan. Semuga Allah swt memudahkan segala urusan.

Tuesday, July 16, 2013

RAMADHAN 7

Hari ni menumbuk sambal belacan untuk memenuhi permintaan En Has. Kari kepala ikan macam sedap je. Kuetiau goreng untuk 'mengulang' lepas tarawikh. Aid harap berpuas hati dengan tenggiri goreng. say no to 'Chicken licken' this week. Ramadhan adalah peluang untuk mengempiskan perut, bukan memboroikan perut!. Hari ni akak rajin pulak buat puding oreo, harap-harap menjadilah, kalau tak jadi/tak boleh makan sia-sialah harta negara heh heh

Sabda Rasulullah bermaksud: Jika umat manusia itu mengetahui akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan nescaya umatku menginginkannya supaya dijadikan sepanjang tahun ini sebagai bulan Ramadhan.



Monday, July 15, 2013

Ramadhan 5 -6

Ramadhan 5

Aid tak berbuka di rumah sebab pergi rumah uwan buka puasa dengan sepupunya. Amal dah balik, Amer dan Nunun balik lepas Maghrib.
Masak simple aje, rendang ayam tanpa santan resepi mak mertua, ayam goreng berempah, home made tepung pelita by Anor, karipap segera & cocktail cincau. Cocktail ni special sikit, daun cincau kering direbus ambil airnya dan dicampur dengan agar-agar yang telah dihancurkan, beserta fruit cocktail dan nata coco, best sangat air daun cincau menyejukkan badan.
Semuga Allah melindungi Amer dan Nunun sepanjang perjalanan balik nanti. Amin.

Ramadhan 6


-kembali berempat seperti biasa. Hari ni Aid buat hal sikit, tak nak pergi sekolah alasan demam.

* musykil... kenapa aku rajin sangat update blog ????????


Saturday, July 13, 2013

Ramadhan 3-4

Ramadhan 3 - hampir cukup korum hari ni bila Amer, Nunun dan Amal balik. Walau pun masak macam bidan terjun, pukul 6.20 baru nak start masak gara-gara nak ambik Nunun, tapi dah hampir 5.40 ptg tunggu Aid sekali. Alhamdulilah 5 minit sebelum berbuka selesai masak. En Has beli makanan feveretnya ketupat makan dengan sambal dan urap tapi aku rasa secubit aje sebab sambal tak menepati citarasa aku, sebab aku buat sambal 12 kali lagi sedap keh keh. Aid kata tak ada ayam tak apa asalkan ada sotong goreng tepung. Ikan bakar hanya jenak saja dimakan, cencaru tak usik pun, En Has lah kena habiskan lepas tarawikh nanti.
Ramadhan 4 -
Shopping kali ke dua untuk Amal dan Nunun, cepat pergi cepat balik, jam 1.00 dah ada kat rumah. 
Buat jelly puding lagi dan fruit cocktail. Jumpa lemang beli lemang pulak, kenalah buat rendang daging. Aid tak suka daging, goreng ikan tenggiri bolehkan Aid, tak kan hari-hari ayam... ingat seluar dah tak muat kui kui.

“Dan ingatlah ketika Rabb-mu memberitahu, jika kalian bersyukur nescaya Aku akan tambah bagi kalian. Dan jika kalian kufur, sesungguhnya azabKu itu amatlah berat.” (Surah Ibrahim: 7)

Thursday, July 11, 2013

Wednesday, July 10, 2013

RAMADHAN 1 - "Bazar Ramadhan" aku

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
Syukur kepada Allah swt dengan limpah kurniaNya aku berkesempatan lagi bertemu Ramadhan kali ini. Dengan bermulanya Ramadhan maka bermulalah pesta makanan, walau telah ditegur ulamak jangan berpesta makanan, tapi adakah masyarakat peduli. 
Bagi aku, bazar Ramadhan memang telah lama lenyap dalam hidup aku, tak ingat bila kali terakhir aku menjejak kaki di bazar Ramadhan. Cuma yang aku ingat kali terakhir aku pergi tu nak beli kuih bingka berlauk, budak yang jaga gerai tu lelaki remaja, masa dia nak isi kuih tu dalam plastik aku ternampak macam ada bulu roma kat kuih tu jadi aku suruh tukar lain, dia pandang muka aku macam ptui...hei dude tak kan aku nak makan kuih yang dah tercemar dengan bulu roma orang tercicir tu. Tapi bukanlah muka budak tu yang buat aku tobat tak pergi bazar Ramadhan lagi, itu hanya kebetulan. Yang pasti Allah dah tutup pintu hati aku nak pergi bazar Ramadhan agaknya.  Ceritalah apa pun kehebatannya kesedapannya, aku tetap tak tertarik malah kembang tekak lagi adalah. Bagi aku bazar Ramadhan paling best ialah kat dapur aku sendiri keh keh. Bukanlah aku nak memperlekehkan bazar Ramadhan,  Nunun dan Amer pun cari makanan kat bazar Ramadhan jugak, kesian kat dia orang, semuga Allah swt  melindungi mereka dari makan yang tidak bersih dan peniaga yang tidak ikhlas.
Kali ini kami sambut 1 Ramadhan 4 beranak, menunya air oren dan tembikai, En Has pulak macam diserang batu karang balik, so air tembikai tu kira ubatlah, rendang daging (stok semalam yang di frozenkan),sambal bilis separuhnya nak difrozenkan jugak, bihun sup untuk menu lepas tarawikh dan stok ikan kembung sebelum puasa ada dua ekor dibakar untuk En Has, Aid dah tentu ayam goreng tapi had 2 ketul sahaja sebab semalam nak pi tarawikh masa nak sarung seluar baju Melayu tahun lepas tak muat, terpaksalah pakai trek aje... euw.

Sabda Rasulullah saw : "Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan"