Total Pageviews

Tuesday, June 28, 2011

Dengan MAB perutku tak lagi 'muncit" (rewind)

Sedih tak kalau tak ngandung tapi orang tanya mengandung ke?..uhuk uhuk mesti rasa nak cekik-cekik je orang tu kan. Tentu ada yang pernah terkena cam tu... jangan biarkan diri anda gendut dan boroi setelah beranak pinak, mengapa tak cuba Maajun Anggun Bistari (MAB)

Antara khasiatnya:
1) Merancang Keluarga 2) Merawat Keputihan 3) Memelihara Peranakan 4) Membuang Darah Period/Nifas Lama 5) Menstabilkn hormon Wanita 6) Teraturkan Period 7) Awet Muda
8) Mencantik/Menegang Payudara 9) Melancarlan Peredaran Darah 10) Melawas Buang Air Besar 11) Menambah Tenaga 12) Mengawal Kolestrol Dalam Darah 13) Mengawal Berat badan 14) Memulih/Melambatkan Menopous 15) Ikhtiar utk mendapatkan Anak
Makan macam pil perancang for 21 hari, rest 7 hari then sambung balik....yang best, sisa2 darah lama habis kuar, perut pun makin kempis, badan makin fresh...
Untuk maklumat lanjut, bacalah thread ni
http://www.wanitamelayu.com/forum/showthread.php?t=13049

(entry ni di "siaran ulangan" kan sebab nampak makin ramai kengkawan yang berminat nak ambil MAB tetapi tak mencari maklumat dengan lebih detail agar puas hati dan tidak hanya terikut-ikut nak cuba, lepas tu stop dan kata pulak produk ni tak bagus. Bagus tak bagus adalah amat subjektif dan tak semua produk  sesuai untuk semua orang. Bagi mak produk ini amat ekselen dan rasa bertuah menjadi salah seorang pengguna cuma mak tak promot kat sapa-sapa kecuali orang tu sendiri mencari maklumat dan benar-benar yakin nak mencubanya.)

Monday, June 27, 2011

Langkawi oh Langkawi (3 hari tanpamu Demuk)

23 - 25 Jun Mr Has & Aid ke Langkawi, akibatnya badan mak sakit-sakit, barulah sedar memandu ni memenat dan menyakitkan badan, selalunya mak jadi mem, duduk sebelah driver. Dari hari Jumaat sampailah Ahad, tah berapa km memandu, minyak full tank tak cukup, isi lagi RM 20. Tapi kita orang happy semua ada balik, tang jemput & hantar tu yang tak larat, penat noks naik Viva, tu la ada kete besa naik kete kecik, kes hati kecik la ni, gayat & seriau bawak kete besa, kampongs betul.
Semua mengeluh sunyi Aid tak ada, tak ada tempat nak bergaduh hu hu. Hepi sungguh Aid ikut trip MPAG ke Langkawi sampai katanya dah beso nak keje MPAG ngeh ngeh. Hei Aid belajar pandai-pandai, duit banyak nak pi Langkawi tiap-tiap minggu pun boleh, tak payah keje MPAG pun.
Isnin jam 2.00 am selamat sampai ke rumah, mak pi jemput dengan mata terpisat-pisat. Alhamdulilah.
Terima kasih Ya Allah kerana memelihara suami dan anakku sepanjang perjalanan pergi dan balik, Amin Ya Rabb.
Mr Has ada tugas besar lepas ni, tolong gosok minyak kaki mak sakit sungguh, badan manja kena memandu jauh sikit dah surrender.

Tuesday, June 7, 2011

Back to 2001

- 06 Jun 2011 mengingatkan kenangan 10 tahun yang lalu (tahun 2001) di mana kami sekeluarga termasuk arwah abah, emak dan Uji (kecuali Aid yang belum wujud masa tu) pergi bercuti ke Pantai Timur. Walau kini situasi amat berbeza kerana anak-anak telah meningkat remaja, ke'excited'an mereka amat berbeza berbanding dulu, hanya Aid yang nampak happy sangat, Amer pun macam terpaksa nak ikut aje, Nunun,Aliah, Akmal lebih suka memerap dalam bilik berbanding nak bersuka ria di kolam renang.



-Kami keluar rumah pun dah jam 7.00 pagi tanpa masak-masak pun sebab rasa malas sangat, berbanding dulu jam 4.00 pagi dah bertolak siap dengan bekalan makanan, anak-anak seronok tidak terkata nak kejutkan bangun pun senang.Seperti kebiasaannya perjalanan kalau ikut NS, dah tentu akan melalui Muazam Shah. Kami singgah breakfast kat sini. Tempat ni memang 'failed' betul, tak berubah seperti 10 tahun yang lalu.








- Sampai bandar Kuantan jam 12.00 tengahari, lepak-lepak sekejap di tepi Sungai Pahang, ingat nak naik river cruise tapi macam dah tak ada aje servicenya, satu kapal pun tak ada lalu kecuali kapal nelayanlah. Kelakar mak usung net buk sana sini, nak tinggal dalam kete takut kete kena pecah lak, rupanya hotel tak ada wi fi, percuma je ngusung net buk tu.
Perjalanan seterusnya ke Cherating dan sampai ke Cherating Bay Resort hampir jam 2.00 petang. 10 tahun lalu kami pernah bergambar depan pintu masuk, Akak, Nunun,Aliah dan Amal masa tu semua pakai skirt.
Oklah tempat ni, bilik betul-betul mengadap kolam renang, tapi Aliah dan Amal mandi sekejap aje, Nunun langsung tak nak mandi, Amer tak keluar bilik, terpaksalah mak jadi 'penunggu' tepi kolam menemankan Aid mandi.













Petang kami pergi Kemaman ada pasar malam so jalan-jalan kat pasar malam beli makanan sekali, kalau kat sini jangan haraplah mak nak pi pasar malam. Dah masuk Trengganu ni banyaklah gerai-gerai keropok, ambik gambar dari dalam kereta je, dia orang malas nak turun, mak turun dengan En Has aje.
Solat Maghrib dan Isyak di Masjid Geliga, besar dan meriah masjid ni. Tapi nak buang hajat kecil pun tak jadi sebab dalam toilet tak ada air, kena tadah air di luar, huh kensel patutlah bau harum semacam je.














-07.06.2011: 11.30 check out. Sampai Kuantan dah masuk waktu Zohor jadi singgah di masjid Sultan Ahmad Shah yang amat besar ni untuk solat Zuhur dan Asar. Sempat posing kat pintu masuk, ada perpustakaan mini lagi.

















- lepas sembahyang pergi ke Teluk Chempedak, walau pun sedar slot ke Teluk Chempedak ni akan melewatkan perjalanan tapi mak nak singgah jugak kerana 10 tahun yang lalu semasa singgah ke sini Amer merajuk sebab tak dapat naik tangga tu. Tapi bila kami datang tempat tu memang tak boleh dimasuki lagi kerana dalam proses renovation. Kami hanya berdiri di jambatan dan sejurus selepas kami meninggalkan jambatan, sebatang dahan kayu yang agak besar jatuh. Syukur Ya Allah kalau terkena kepala harus boleh pengsan.














- Perjalanan ke Karak melalui LPT melebihi 200 km amat memerlukan kesabaran apa lagi tujuan kami nak ke Bukit Tinggi memenuhi hasrat Aid nak tengok arnab dan seperti yang dijangkakan kami lewat sampai ke Bukit Tinggi dan taman
arnab telah pun tutup...ambik gambar aje lah tengoklah muka Aid tu...Memang terkilan sikit tapi mujurlah aid Ok aje, masamnya tak lama. Ni semua salah mak sebab nak pergi juga Teluk Chempedak tapi apa kan daya T.C ada nostalgia tersendiri dan mak perlu nak menjejakinya balik untuk mengimbas kenangan lalu.



















 - Our trip ended up with...... sate kajang tapi nak cari bandar Kajang punyalah siksa....
Terima kasih Ya Allah Kau selamatkan perjalanan kami pergi dan balik tanpa sebarang kesulitan.



Sunday, June 5, 2011

Selamat Hari Lahir Akmal



















0106.2011 Rabu - Hari Lahir Akmal yang ke 13. Akmal anak yang amat manja satu ketika dulu (berkurangan sikit manja bila dah dapat adik) kini telah 13 tahun. Kami celebrate tarikh tertunda (04.06.2011 ) kerana nak menunggu semua ada di rumah. Kek macam biasalah, beli di Bakers Cottage tapi kerana sampai kedai agak awal belum banyak kek yang display dalam cermin, bau dari dapur menusuk-nusuk hidung, mungkin dalam proses baking. Kerana tak ada pilihan, kami pilih kek Cappucino ni. (RM66, ya ampun harga kek sekarang tak berbaloi betul, dah malas buat tanggung je lah)
Amal memang manja, boleh dikenali dari style percakapannya yang menyebut satu-satu perkataan, kira sebutir-sebutirlah. Tapi kini Amal semakin meningkat remaja, apa tah lagi kini telah tinggal di asrama, segalanya pasti berubah sedikit demi sedikit.

"Ya Allah berilah kejayaan yang cemerlang kepada anakku Akmal Khalidah dan Kau berilah perlindungan, cinta dan kasih sayangMu kepadanya. Amin Ya Rabb.


Thursday, June 2, 2011

Sebelum tidur... Part 2

Rasulullah saw berpesan kepada Aisyah ra : “Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur’an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat,

3. Sebelum para muslim meredzai kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah….

Bertanya Aisyah :

“Ya Rasulullah…. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara itu?”

Rasulullah tersenyum dan bersabda :

“Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an.

Membacalah salawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah