Total Pageviews

Tuesday, January 25, 2011

Nostalgia Margerin Planta

Membaca akhbar 25 Jan tentang pertandingan Pencarian Budak Planta mengingatkan aku untuk menulis tentang nostalgia margerin Planta. Zaman dolu-dolu mana ada margerin selain jenama Planta, begitu halnya dengan ubat gigi disebut Colgate, sabun mandi disebut Lux, minuman coklat disebut Milo kerana hanya itulah satu-satunya jenama yang ada di pasaran.
Dulu aruah abah sangat bangga dengan aku yang hanya mendapat no 1 atau 2 sahaja dalam peperiksaan. Adik-adik lelakiku yang 4 orang tu nombor dia kadang-kadang penuh bakul heh heh. Cuma bila Anor dan Uji bersekolah, aku kalahlah sebab derang lebih 'performed' berbanding aku, tapi aku rasa bukan derang lebih 'pandai' dari aku, cuma derang lebih moral support dan opportunities berbanding aku... ya lah aku anak sulung yang tiada siapa kisah, sedangkan zaman derang aku amat prihatin dan sayang sangat kat derang, tu sebab derang lebih pandai dari aku hu hu.
Ops dah lari topik, sebenarnya aku teringat aruah abah membandingkan kenapa aku lebih pandai dari adik lelaki aku yang 4 orang tu, teori abah adalah kerana masa kecik hari-hari makan roti paun dengan planta.... alahai. Kalaulah masa tu ada pencarian Budak Planta macam sekarang ni, tentu aku dah jadi pemenang. Tapi segalanya dah terlambat kerana aku bukan lagi budak Planta tapi mak/mak cik budak Planta ngeh ngeh.
Tapi bila anak dah berderet aku tak pula bagi anak-anak makan Planta, mungkin sebab dah banyak jenama lain... Buttercup, Farmcows, Daisy etc etc. Budak sekarang pun mana heran roti paun ngan margerin, kadangkala sampai berkulat roti paun yang kita beli.
Disebabkan roti paun dan margerin dah jadi makanan ruji aku sejak kecil, sampai tua ni aku boleh hidup ngan roti. Bekalku ke sekolah hanya 2 - 4 keping roti dan itulah yang mengenyangkan aku sampai balik rumah. Pelik tapi benar.
Aduhai margerin planta dan roti paun.... menitis air mataku.

Friday, January 21, 2011

ngantuknya....

Esp. students...mengantuk satu masalah problem kan.. macam mana nak elakkan ngantuk:

1. Jangan minum susu (esp. yang suam)...milk contains tryptophan, meransang sleep centre.
2. Makan snek - snek dapat melawan keletihan mental (+ glucose)...dicadangkan snek sihat seperti yogurt, buah, sayur mentah (ni sure ko tak nak)
3. Mandi air sejuk -kesejukan akan meransang body system
4. Lakukan aktiviti santai tetapi masih menggunakan otak, contohnya silangkata, sudoku
5. Update blog .. heh heh.

Ketulusan hati

Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicuba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Ya Allah redhai ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu ya Allah

Ya Allah redhai ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu ya Allah

Friday, January 14, 2011

AKIBAT TIDAK FOKUS

Ada satu ketika dulu yang telah terlupa tarikh tepat berlakunya peristiwa yang tak berapa malu tapi sikit-sikit malu ada la. Ketika nak menaiki eskelator sebuah pasaraya, tah macam mana mungkin fikiran dah jauh melayang sampai ke Ethopia, 'ter'naik tangga yang menurun, nasib baik cepat terperasan maka terselamatlah dari jatuh terbongkang. Adalah 2 ke 3 orang yang terperasan dan senyum-senyum. Buat muka selamba ajalah macam tak ada apa berlaku tapi dalam hati malu dong. Kenapalah aku tak fokus dengan apa yang dibuat, suka sangat berangan panjang. Ish macam rusa masuk kampung lak. Mujurlah pakai baju & tudung lawa sikit, kalau tak sah-sah orang ingat entah datang dari ceruk mana tak reti naik eskelator.. kwang kwang kwang.

Sunday, January 2, 2011

Saturday, January 1, 2011

BYE AKAK

02.01.11 - Hari bermula awal berbanding biasa. Bahang sibuk mula dirasai. 6.00 am nasi lemak dah tersedia, pagi jam 8.00 am nak segera ke sekolah, ada program pendaftaran Ting. 1. datang jenguk muka sekejap sebab jam 9.15 am nak ke Masjid Tanah hantar akak naik bas untuk PLKN di Mersing. Bas bertolak jam 10.30, balik bersegera pulak masak untuk tengahari sebab Nunun nak balik ke asrama selepas Zohor.
Kesian akak yang tidak suka dirinya terpilih ke PLKN, tapi apa kan daya, kami juga risaukan akak sebab tempatnya jauh, tentu kita jarang dapat berjumpa. Tetapi belajarlah untuk menyukai apa sahaja yang Allah telah takdirkan ke atas diri kita, tentu ada hikmah yang tersembunyi, jika tidak sekarang, mungkin masa hadapan.

" Ya Allah, berilah kejayaan cemerlang kepada anakku Aqilah Khairunnisa dalam peperiksaan SPM, anugerahkanlah kesihatan yang terbaik untuknya dan lindungi dan peliharalah dia selama dia berada di sana"

Bye akak, Allah akan memelihara akak selama akak di sana.