Total Pageviews

Sunday, February 27, 2011

Talian 100 TM

Balik ke rumah Jumaat petang,lampu DSL dan internet modem tak menyala, gagang telefon tak ada bunyi... jam 7.00 pm dail 100 untuk report kerosakan, jawapan biasa akan diatasi dalam tempoh 24 jam. Esoknya menunggu hingga jam 10.00 am, bayang technician TM pun tak nampak, dail 100 lagi, seperti biasa masih dalam proses sebab within 24 jam. Sampailah jam 11.00 am Ahad menunggu macam buah tak gugur, kesian Nunun minggu ni balik dah tentu nak "kejar" internet tapi apa berlaku...dail 100 lagi... 'tak ada report nanti saya buat report baru'... sakit hati tak usah cerita lagi. Sebelum letak tel, dia tanya ada apa-apa lagi saya boleh bantu?... terima kasihlah yang ni pun kau tak boleh nak settle, apa lagi yang kau boleh tolong. Talian 100 TM kau memang T_T.... Kau dah spoiltkan hujung minggu kami tanpa internet, sekali lagi kau memang macam T-T

No comments:

Post a Comment