
Mak pun kebelakangan ni rajin membeli buku-buku, dulu beli buku resepi tapi nampaknya tak praktikal. Tak ada satu pun daripada puluhan resepi tu yang dicuba. Lebih baik lah beli buku-buku agama atau motivasi, dapat juga menambah ilmu. Antara buku yang telah dibeli adalah Travelog Haji, Travelog Cinta Abadi, Haji Muda dan beberapa lagilah.
Semalam tambah lagi koleksi '500 kelalaian dalam solat + 50 nasihat bagi yang tidak melaksanakannya' (ni kena baca segera, takut kita ada buat kesilapan tu) dan Bila Pintu Hati Terbuka (BPHT) tulisan Dr Ridzwan Bakar. Semasa dalam kereta, bila bosan dengan traffic light yang menimbun di Melaka, selak-selaklah isi kandungan BPHT, membaca pembuka kata "Ibu Peledak Motivasi" sahaja sudah membuat air mata mengalir. Ayat yang disusun sungguh menyentuh emosi. Antaranya " Mak... terima kasih kerana mengizinkan kami menginap di perutmu sepanjang sembilan bulan perjalanan di alam rahim. Terima kasih tidak terhingga kerana membesarkan kami dengan segala kesusahan dan kepayahan. Terima kasih juga kerana menyusukan dan menyuapkan makanan di mulut kami sepanjang usia kecil kami. Ampunkan kami di atas segala kedegilan dan kenakalan kami sepanjang zaman remaja kami. Ampunkan kami jika pernah mengguris hatimu tanpa sengaja.Kami menghargai mak tapi kematian adalah satu kepastian yang akan memisahkan kita. Dunia akan sepi tanpa insan seikhlas hati seorang ibu. Dunia ini terasa kosong dan miskin tanpa kasih sayangmu". Pernahkah kita terfikir begitu?. Terima kasih penulis buku BPHT.
No comments:
Post a Comment