Total Pageviews

Saturday, April 23, 2011

Budak Obes????


Kantin sekolah kini dilarang menjual makanan ringan dan minuman berkarbonat serta kekerapan menjual nasi lemak hendaklah dikurangkan , dalam usaha menangani masalah obesiti yang semakin ketara di kalangan kanak-kanak. Guru-guru pula diminta mencatat BMI setiap pelajar untuk mengawal masalah itu. Larangan menjual makanan 'kosong' sebenarnya telah lama digembar gemburkan cuma tiada penguatkuasaan malah di luar pagar sekolah menanti puluhan jenis junk food yang menjadi kegilaan kanak-kanak.
Persoalannya adakah punca obesiti disebabkan pemakanan di sekolah atau pun obesiti sebenarnya ber'akar' dari rumah. Kemewahan dan kesenangan hidup menyebabkan gaya pemakanan telah berubah. Demi kasih sayang terhadap anak, peti ais penuh dengan stok nugget, hot dog, burger, french fries, ais krim dan seribu satu jenis makanan seperti yang diiklankan di televisyen. Lauk.... ayam adalah menu wajib, kalau lauk ikan seolah-olah bukan lauk. Kelat muka anak-anak bila buka tudung saji lauk ikan... mak tak ada lauk ke... ikan tu bukan lauk rupanya.
Lucu juga kecoh-kecoh nak mencegah obesiti di sekolah tapi di rumah melantak macam-macam, sebut nak pi McD, KFC melonjak-lonjak ke'happy'an mereka, belum cerita family yang suka makan di luar dan ode sesedap rasa sampai bil mencecah tiga angka. Sampai nak mencontohi Jepun yang mempunyai seorang pakar pemakanan di setiap sekolah, dasat tu. Mujur tak ada cadangan meletakkan seorang pakar nutrisi di setiap rumah kwang kwang kwang. Kepada cikgu cikgi jangan marah ye kenalah jadi doktor/nurse memantau berat badan murid, mak pun cikgi jugak ngeh ngeh.
Mak ni bukan nak mengata orang, anak mak yang bongsu tu, masuk dalam kategori obesiti tak kalau figure dia cam kat atas nun. *maaf wajah tidak dapat dipaparkan kerana dilarang oleh pemiliknya heh heh. Adoi kalau 'putera bongsu' tu termasuk dalam kategori obes, mak kena jalani kaunseling pulak, kacau kacau.

1 comment: