Total Pageviews

Wednesday, November 9, 2011

SKT (SINDROM KERAJINAN TERLAMPAU)

Menjelang Aidil Adha mak cik telah dilanda SKT  (sindrom kerajinan terlampau) kerana semangat begitu berkobar-kobar nak membuat cookies dan kek. Macam susah nak percaya kerana rasa-rasanya kali terakhir buat cookies adalah tahun 1997, ni dah 2011, manyak lama tu. Rasa dah keras tangan nak memulakan aktiviti mengookies dan membaking yang pernah menjadi satu 'kegilaan' suatu ketika dulu. Siapa nak percaya kalau mak cik cakap mak cik dah mula buat kuih raya sendiri tanpa pertolongan sesiapa sejak Darjah 5 lagi. Balik sekolah tengok emak tak ada rumah, mak cik mula singsing lengan mengadun bancuhan biskut yang mak cik tengok dari resepi dalam majalah. Ada satu tahun tu beli margerin Planta dapat buku resepi, habis sekelian resepi dalam buku tu mak cik nak cuba. Susah nak percaya bila mak cik cakap setiap kali Raya, biskut yang dibuat hasil tangan makcik ni melebihi 20 jenis!. Hanya emak mak cik sahaja yang boleh mengiyakan fakta pelik tapi benar ni.
Tapi kalau dah rasmi malas tu malas jugak. Barang-barang yang dibeli ( baking powder, soda bicarbonate,cream of tar tar, esen vanilla, pewarna merah/hijau, cuka, cheese cream, butter, gula castor/icing, bla bla bla) dibuat pameran kat rak dan peti ais dulu sementara mak cik menunggu motivasi dalaman untuk memulakannya, 14 tahun bersara noks, bukan senang nak start balik.
Alhamdulilah.... barang-barang yang dibeli nampaknya tidaklah akan menjadi pameran buat selama-lamanya kerana projek pertama "cyristal ball cookies" telah pun terlaksana. Memang peveret mak cik  kuih ni, minyak sapi + butter+tepung - buat 3 warna bulat-bulatkan, masak then golek dalam gula kastor, masuk dalam paper cup, sedap dik non.
Angan-angan nak membuat red velvet cake juga bukan sekadar angan-angan kosong kerana pada petang Raya Haji terlaksanalah hasrat nak menunjuk kehandalan membaking. Tidak menghampakan, habis licin dimakan, cuma cacat tang warna merah pakai sirap ros ada bau kuat sikit,
Menu Raya Haji juga semua mengikut resepi yang diceduk dari Internet, kunun nak buat kelainan. kira semua menjadi, Nasi Mandy (sedap noks), rendang minang, dendeng.
Hopefully SKT ini akan berterusan selagi ada kudrat, apa lagi menjelang cuti akhir tahun. Tentunya anak-anak mak cik seronok menikmati resepi baru setiap hari. Tidaklah mengadap menu yang sama sepanjang tahun.

No comments:

Post a Comment