LISA - lebih kurang 50 hari (geramnya....)
AUNI - baru 2 minggu
"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah suci bersih. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi"
(Hadis riwayat Imam Muslim melalui kitab: Qadar)
Nasihat Luqman kepada anak-anaknya:
1. "Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.
2. Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat biji sawi serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya) kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
3. Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
4. Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".
"Ya Allah, sempurnakah tanggungjawab ku terhadap anak-anak?". Terasa berat beban di bahu. Minda sentiasa berfikir, "selamatkah mereka dari siksa kubur dan api neraka? Bertemu semulakah kami semua di syurga Firdaus?".
Maafkan kami anak-anak kerana makam kami memang tidak setaraf Lukman. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment