22.12.2012 untuk pertama kalinya tak dapat meraikan besday akak yang ke 19. Rasanya dah 18 kali sambut besday dengan kek bagai tapi kali ni tak dapat diraikan bersama. Sebenarnya masa 22 hb tu kita orang ada buat kek red velvet sempena hari jadi akak tapi kita orang tukang makan, akak tukang tengok gambar aje he he. Bila akak ada di rumah dan Anor pulak dah start membaking minta tolong buatkan kalau ada masa tapi tak berharap sangatlah, tu yang tak dan nak suruh tulis 'happy birthday' kat kek.
Dah jeling-jeling kek kat Baker's Cottage tapi rasa tak selera pulak, masa dok pikir2 nak beli ke tak nak beli ke tak Anor pun telefon kek dah buat, Alhamdulillah.
Semoga dipanjangkan umur..
Umur Yang bermanfaat.
Jodoh yang membahagiakan
Dimurahkan rezeki
Dipermudahkan urusan
Dikurniakan Iman yang teguh..
Menjadi anak yang soleh untuk ibumu..
Diberkati dan dirahmati Allah SWT
Berjaya di dunia dan akhirat
InsyaAllah
No comments:
Post a Comment