Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
Syukur kepada Allah swt dengan limpah kurniaNya aku berkesempatan lagi bertemu Ramadhan kali ini. Dengan bermulanya Ramadhan maka bermulalah pesta makanan, walau telah ditegur ulamak jangan berpesta makanan, tapi adakah masyarakat peduli.
Bagi aku, bazar Ramadhan memang telah lama lenyap dalam hidup aku, tak ingat bila kali terakhir aku menjejak kaki di bazar Ramadhan. Cuma yang aku ingat kali terakhir aku pergi tu nak beli kuih bingka berlauk, budak yang jaga gerai tu lelaki remaja, masa dia nak isi kuih tu dalam plastik aku ternampak macam ada bulu roma kat kuih tu jadi aku suruh tukar lain, dia pandang muka aku macam ptui...hei dude tak kan aku nak makan kuih yang dah tercemar dengan bulu roma orang tercicir tu. Tapi bukanlah muka budak tu yang buat aku tobat tak pergi bazar Ramadhan lagi, itu hanya kebetulan. Yang pasti Allah dah tutup pintu hati aku nak pergi bazar Ramadhan agaknya. Ceritalah apa pun kehebatannya kesedapannya, aku tetap tak tertarik malah kembang tekak lagi adalah. Bagi aku bazar Ramadhan paling best ialah kat dapur aku sendiri keh keh. Bukanlah aku nak memperlekehkan bazar Ramadhan, Nunun dan Amer pun cari makanan kat bazar Ramadhan jugak, kesian kat dia orang, semuga Allah swt melindungi mereka dari makan yang tidak bersih dan peniaga yang tidak ikhlas.
Kali ini kami sambut 1 Ramadhan 4 beranak, menunya air oren dan tembikai, En Has pulak macam diserang batu karang balik, so air tembikai tu kira ubatlah, rendang daging (stok semalam yang di frozenkan),sambal bilis separuhnya nak difrozenkan jugak, bihun sup untuk menu lepas tarawikh dan stok ikan kembung sebelum puasa ada dua ekor dibakar untuk En Has, Aid dah tentu ayam goreng tapi had 2 ketul sahaja sebab semalam nak pi tarawikh masa nak sarung seluar baju Melayu tahun lepas tak muat, terpaksalah pakai trek aje... euw.
Sabda Rasulullah saw : "Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan
dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan
semua syaitan"
No comments:
Post a Comment