Debaran yang mengganggu hidup aku sejak seminggu lalu kini berakhir apabila keputusan PMR diumumkan pada 19 Dec 2013. Sebenarnya aku selama ni tak pernah risau dengan Amal sebab aku yakin sangat Amal akan dapat 9A. Walau Amal selalu menyebut risaukan subjek KH yang agak susah tapi aku tak ambil kisah pun sebab tak kan lah KH pun tak boleh dapat A. Tapi bila tengok instagram Amal asyik sebut takut dan risau tak dapat 9A, aku jadi musykil dan was-was pulak. Bila aku check message/wassap kat kawan dia, benda tu jugak disebutnya. Bertambah risau lagi bila dah diumumkan result PMR akan keluar 19 Dec, semenjak itu hidup aku tidak lagi tenteram. Kalau waktu cuti biasanya aku bangun seawal pukul 5.00 tapi sejak hati risau ni pukul 4.00 pagi dah terkebil-kebil.
Amal tak tau ibu solat hajat di sisi Amal pada 19 Dec. Tiada tempat mengadu selain kepada Allah swt. Bukan mengadu kat ig atau fb ye Amal heh heh
Akhirnya...Syukur kepada Allah swt. Kini apa yang boleh aku katakan.. 'mission completed'. Selepas ni mungkin PMR tiada lagi, ke lima-lima buah hati En Has mendapat PMR dengan pencapaian 8-8-9-9-9.
Tahniah Amal dan 63 orang rakan-rakan yang lain. Semuga Amal menjadi anak yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Terimakasih Ya Rabb dengan nikmat yang Engkau kurniakan, walau pun kami banyak membuat dosa tapi Engkau masih memberi rahmat dan kasih sayangMu.
Semua gembira dengan kejayaan Amal. Akak, Amer & Nunun pun ucap congratulations.
http://qilanisahasan.blogspot.com/2013/12/congratulations.html
Aid pun suka, sampai meningkat selera makan he he.
Berderet-deret wish kat ig
masuk surat khabar lagi
No comments:
Post a Comment