Total Pageviews

Saturday, June 6, 2015

ENTRY SETAHUN


Setahun baru nak update ... rajinnya aku!
update mana yang ingat aje... sebelum semuanya lenyap dalam ingatan... sayang pulak kenangan lalu dilupuskan begitu saja
Amal agak untung sebab hari lahir 1 Jun jatuh dalam cuti sekolah... bolehlah celebrate. 06062014 hantar Amal balik Mersing, seperti biasa kalau cuti panjang hantar Amal balik dan tidur satu malam, rasanya bawak emak sekali masa tu, cuma tak jumpa dah gambar simpan kat mana. 
29062014 hari pertama bulan Ramadhan. Amer dah habis belajar masa tu dan ada kat rumah. Sepatutnya dah start kerja dah tapi  boleh pulak tangguh sebulan. Malam pertama tarawikh dah keluar jumpa kengkawan, hangin jugak dibuatnya, alasannya ada 29 hari lagi...ceh!


Ahad 20072014 birthday Amer yang ke 22, Alhamdulilah dalam usia begini Amer dah berjaya dapatkan degree dan pekerjaan. Bersyukurlah insya Allah bertambah lagi nikmat. Pandanglah orang yang lebih kurang dari kita dalam urusan dunia tetapi pandanglah orang yang lebih dari kita dalam urusan akhirat.


Isnin 28072014 Hari Raya Aidilfitri, gambar pun ambik dari blog akak, pun dah tak jumpa simpan kat folder mana. Tak ada apa yang menarik di Hari Raya, cuma inilah masanya keluarga kami lengkap 8 orang. Itu saja yang best tentang raya. 
Jumaat 01082014  Amer balik ke Kemaman dengan sang kancil dan 02082014 dah start kerja. 
Jumaat 05092014 akak pulak dah balik Besut. 


Jumaat 10102014 Hari Raya Aidil Adha, ini aje gambar yang ada, tak melambangkan raya pun. Amer  pulak tak balik masa ni.


Ahad 23112014 sambut birthday Liah yang ke 18 sehari awal sebab nak balik kolej. Kek pulak terkantoi dalam perjalanan.

Semuga Aliah sentiasa dalam peliharaan Allah swt.

Jumaat 28 Nov gerak ke Trengganu, En Has posing depan rumah Amer 


Hari pertama tidur di Seri Malaysia. Malam tu jugak ambik akak kat Besut, sesat barat sebab ikut jalan jauh.


29, 30 Nov dan 1 Dec baru stay kat Tabung Haji Convention Center. Thank you Amer support kitorang menginap kat sini.

Perasmi pertama
Perasmi ke dua
Perasmi sebenar

nikmat yang mana lagi yang hendak didustakan


hantar akak balik Besut, tak tengok konvo Amer sebab akak sibuk


sebelum balik


bye Amer


Sabtu 13122014 uji tunang. En Has jadi penghulu jap


Allahumma amin

otw balik singgah BBW, sumpah ini kali pertama dan terakhir.. tak best langsung.

Isnin 22122014 birthday akak yang ke 21 tahun. Lama dah tak dapat sambut birthday akak. Aku hanya dapat hantar akak ni. 


23122014 hantar Nunun balik Beranang, tak ingat nunun cuti berapa lama, lebih kurang 2 minggu. Masa ni perasan ayah dah mula terasa sakit kepala tapi ingatkan sakit kepala biasa.

Sessi persekolahan 2015 ditangguhkan sehingga 12 Jan 2015 disebabkan banjir besar di Kelantan. 10 Jan 2015 hantar Amal balik Mersing. Masa ni sakit kepala ayah memang dah teruk sangat. Ayah kata nak stay satu hari sebab tak tahan sakit, tapi mujur aku tak setuju dan apa-apa berlaku kena balik jugak. 


11 Jan 2015 (day 1) mata ayah dah bengkak. Allah sahaja yang mengetahui kerisauan hati ... sakit apa pulak ni. 
12 Jan 2015 hari pertama persekolahan, syukur akak dah balik bercuti 8 Jan lepas, kalau tidak dalam sejarahlah aku ambik cuti hari pertama persekolahan.
Thanks God...akaklah yang hantar Aid pergi sekolah dan bawak ayah ke klinik. Barulah tahu ayah kena kayap dan sakit kayap ni Allah sahaja yang mengetahui dan ambil masa untuk sembuh. Sepanjang tempoh ayah sakit teruk, aku kena survive pergi kedai beli barang, lauk bagai. Nasib baik akak ada temankan aku pergi kedai. Yang paling lawak kena isi minyak tapi tak tau buka tempat minyak, tekan-tekan asyik terbuka bonet. Nasib baik adik pam attendant tu jenis baik, kalau tidak habislah aku kena kutuk.


17012015 Apit tunang, ayah gagahkan jugak pergi, dah urusan familiy. Ingatkan dah okey tapi selepas tu sakit ayah makin teruk.
Hari demi hari berlalu, banyak lagi kalau nak dikenang. Antaranya kerana nak sembuh sangat dan dengar cakap orang pergi berubat kampung, pada hal aku ni memang jenis orang yang tak percaya ubat kampung. Memang sah...aku tak percaya ubat kampung ni.. tak payahlah aku ungkit-ungkit lagi, nampak macam aku memburukkan orang pulak.
Satu perkara lagi yang sangat perit untuk aku kenang adalah aku meninggalkan ayah yang sedang sakit teruk pada 14 Jan, dari pagi aku keluar sekolah jam 6.40 pagi sampailah azan maghrib baru aku sampai rumah, sebab hari tu ada sambutan persaraan pengetua di Hotel Green King. Kalau aku tak pergi apa pulak kata orang kampung...sedangkan ayah kat rumah sehari suntuk tak makan sebijik butir pun, nak bangun pun tak larat. Tu lah nak menjaga persepsi orang, takut sangat orang mengata sampai ketepikan masalah sendiri.


akak dah start intern kat Mamee 20 Jan 2015. Mewahlah peti ais dengan vitagen.

Rabu 18022015 birthday Nunun. Pergi ambil Nunun dan Liah di kolej dengan Amer. Sekali lagi Allah permudahkan urusan ketika ayah sakit, kalau Amer tak ada masa ni aku pun tak tau nak fikir macam mana diorang nak balik. (Masa ni Amer cuti Tahun Baru Cina.


21022105  untuk pertama kalinya kami keluar makan tanpa ayah


Jumaat 20032015 hari lahir Aid yang ke 12. Aid pun selalu dapat sambut birthday masa cuti sekolah.


dengan ini secara rasmi Aid dah ada IC.


Aid dah sama besar dengan ayah?


Ahad 19042015 Alhamdulilah dapat akhirnya join kuliah dhuha kat Masjid Nilai masa nak ambik Liah balik bercuti panjang. 


29 April Mevi Amer dah sampai, Alhamdulilah


Sabtu 02052015 Kenduri baucer buku di MPH dan Popular, RM 500 bak hang!. Terimakasih kerajaan yang pemurah.


Terima kasih akak belanja ibu dan ayah kek mahal ni.
(1404 & 1405)


Sabtu 30052015 mak kenduri tahlil. Tak banyak gambar kecuali gambar model ni.


Ahli baru family's uwan


Isnin 01062015 Happy birthday yang ke 17 Amal.


Hanya satu ucapan... pastikan straight A11 dalam genggaman.


Rabu 03062015 Aliah interview dentistry. Siap survey tempat lagi. 
Siapa yang interview ni. Amal nak dapatkan spirit of motivation. Semuga Allah kurniakan yang terbaik buat Aliah. 


Aku masih terikat dengan kerja-kerja rutin seperti di atas.


dan Aid kata kawasan rumah kita dah jadi sanctuary burung.


juga pusat jagaan kucing.

kau ghase?


Doa untuk penyakit kayap 


Ya Allah you are most merciful.
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar









No comments:

Post a Comment