Total Pageviews
Wednesday, March 9, 2011
Sembahyang RM2
Syukurlah Aid dah mula sembahyang, walau bersyarat satu sembahyang bayar RM 2 tetap kami ikuti asalkan hati terbuka nak sembahyang. Bukan dia nak sangat duit tu, satu sen pun tak dibelanjakan, hanya dimasukkan dalam tupperware free yang dapat masa family day dulu. Cuma tak boleh tegur banyak-banyak sekarang nanti dia naik angin mengugut tak nak sembahyang. Banyak yang nak diperbetulkan, mata melilau-lilau ketika sembahyang, mulut tak ada kumat kamit pun, baca dalam hati je dan habis sembahyang tak ada doa langsung. Tu belum cite pasal sembahyang pakai seluar pendek!. Bab ambil wuduk pulak, sampai basah kuyup. Pesanan untuk Aid (juga Aliah sebab anak dara sorang ni pun sama jugak)makruh berlebihan menggunakan air, jangan melebihi 3 kali, ia termasuk dalam perkara buruk dan zalim. Pesan para ulamak "salah satu tanda kekurangan ilmu agama pada diri seseorang ialah suka kepada air sewaktu bersuci".Wallahu'alam.
Friday, March 4, 2011
Pah tua 1
Dulu masa mengandung Aid kena suntik insulin hari-hari sebab paras gula dalam darah yang agak tinggi. Masa tu tension nya Tuhan saja yang tahu, dua minggu sekali kena ambil darah satu tiub kecil, bukan sekali sehari tapi empat kali sehari sampai naik mabuk/pitam dibuatnya. Aruah abah pulak memang ada penyakit kencing manis. Dua fakta sejarah itu menyebabkan mak rasa mak ni dalam golongan yang berpotensi diserang kencing manis. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga dalam tempoh satu hingga dua bulan mak akan petik setangkai daun lidah buaya, keluarkan isinya dan blend bersama epal hijau. Minum airnya walau rasa tak sesedap mana, tak habis simpan dalam peti ais, minumlah sampai habis. Motivasi nak mengamalkannya amatlah rendah sekali tapi digagahkan jua, siapa yang tak takut kalau disahkan kencing manis. Pahtua ni mak ambil dari sebuah majalah dan mak rasa it works. Terpulanglah nak percaya atau tidak.
Happy Birthday Nunun
18.02.2011 Jumaat, so hari Sabtu 19.2.2011 baru celebrate kat bangku kecil atas bukit SBPI. Lewat diabadikan dalam blog ni sebab gambar terperuk lama dalam kamera baru nak upload.
"Ya Allah berilah rahmat dan kasih sayangMu kepada anakku Ainunul Khalilah"
Dua bulan sebelum tu baru aje celebrate birthday akak, lambat lagi nak tunggu 22.12.2011 so selitkan juga di sini gambarnya.
"Ya Allah berilah rahmat dan kasih sayangMu kepada anakku Aqilah Khairunnisa dan berilah kejayaan yang cemerlang untuk anakku dalam peperiksaan SPM"
Pilih gambar ni sebab Aid comel sangat nampak manja dengan akak.
Tak lama lagi 20.3.2011 birthday "baby demok" pulak, awal-awal dah cakap kek mesti besar sebab semua orang ada di rumah masa tu. ( hai.. nak tambah 'demok' lagi ke makan kek besar-besar?)
Sunday, February 27, 2011
Talian 100 TM
Balik ke rumah Jumaat petang,lampu DSL dan internet modem tak menyala, gagang telefon tak ada bunyi... jam 7.00 pm dail 100 untuk report kerosakan, jawapan biasa akan diatasi dalam tempoh 24 jam. Esoknya menunggu hingga jam 10.00 am, bayang technician TM pun tak nampak, dail 100 lagi, seperti biasa masih dalam proses sebab within 24 jam. Sampailah jam 11.00 am Ahad menunggu macam buah tak gugur, kesian Nunun minggu ni balik dah tentu nak "kejar" internet tapi apa berlaku...dail 100 lagi... 'tak ada report nanti saya buat report baru'... sakit hati tak usah cerita lagi. Sebelum letak tel, dia tanya ada apa-apa lagi saya boleh bantu?... terima kasihlah yang ni pun kau tak boleh nak settle, apa lagi yang kau boleh tolong. Talian 100 TM kau memang T_T.... Kau dah spoiltkan hujung minggu kami tanpa internet, sekali lagi kau memang macam T-T
Tuesday, February 8, 2011
Teringat arnab
Kemanalah menghilangnya arnab dua ekor ni, baru sebulan beli. Mujurlah Aid dah senyap tak sebut pasal beli arnab lagi.
Cantiknya....
Cantiknya Aliah pakai jubah, ske tengok. Ni nak buat jubah prep Akmal pulak, tengah dok pikir nak tempah ke buat sendiri.
Bye Akmal

Hari ni Akmal dah masuk asrama, tinggal lah Aliah dan Aid penyeri suasana. Semuga Akmal dapat menyesuaikan diri dan berdikari. Pandai-pandailah mengurus diri, kalau ada hilang/tercicir itu ini, tak dapek den nak tolong. Pengurusan masa amat penting, nanti tak sempat basuh baju, kat rumah hidup amat senang/selesa, semua beres kan,celik mata semua dah tersedia, nasib badan. Rasanya selepas ini Akmal akan lebih cekap mengurus diri, InsyaAllah. Semuga Allah sentiasa memelihara dan melindungi Akmal Khalidah. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)