Ramadhan 3 - hampir cukup korum hari ni bila Amer, Nunun dan Amal balik. Walau pun masak macam bidan terjun, pukul 6.20 baru nak start masak gara-gara nak ambik Nunun, tapi dah hampir 5.40 ptg tunggu Aid sekali. Alhamdulilah 5 minit sebelum berbuka selesai masak. En Has beli makanan feveretnya ketupat makan dengan sambal dan urap tapi aku rasa secubit aje sebab sambal tak menepati citarasa aku, sebab aku buat sambal 12 kali lagi sedap keh keh. Aid kata tak ada ayam tak apa asalkan ada sotong goreng tepung. Ikan bakar hanya jenak saja dimakan, cencaru tak usik pun, En Has lah kena habiskan lepas tarawikh nanti.
Ramadhan 4 -
Shopping kali ke dua untuk Amal dan Nunun, cepat pergi cepat balik, jam 1.00 dah ada kat rumah.
Buat jelly puding lagi dan fruit cocktail. Jumpa lemang beli lemang pulak, kenalah buat rendang daging. Aid tak suka daging, goreng ikan tenggiri bolehkan Aid, tak kan hari-hari ayam... ingat seluar dah tak muat kui kui.
“Dan ingatlah ketika Rabb-mu memberitahu, jika kalian bersyukur nescaya Aku akan tambah bagi kalian. Dan jika kalian kufur, sesungguhnya azabKu itu amatlah berat.” (Surah Ibrahim: 7)
Total Pageviews
Saturday, July 13, 2013
Thursday, July 11, 2013
Wednesday, July 10, 2013
RAMADHAN 1 - "Bazar Ramadhan" aku
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
Syukur kepada Allah swt dengan limpah kurniaNya aku berkesempatan lagi bertemu Ramadhan kali ini. Dengan bermulanya Ramadhan maka bermulalah pesta makanan, walau telah ditegur ulamak jangan berpesta makanan, tapi adakah masyarakat peduli.
Bagi aku, bazar Ramadhan memang telah lama lenyap dalam hidup aku, tak ingat bila kali terakhir aku menjejak kaki di bazar Ramadhan. Cuma yang aku ingat kali terakhir aku pergi tu nak beli kuih bingka berlauk, budak yang jaga gerai tu lelaki remaja, masa dia nak isi kuih tu dalam plastik aku ternampak macam ada bulu roma kat kuih tu jadi aku suruh tukar lain, dia pandang muka aku macam ptui...hei dude tak kan aku nak makan kuih yang dah tercemar dengan bulu roma orang tercicir tu. Tapi bukanlah muka budak tu yang buat aku tobat tak pergi bazar Ramadhan lagi, itu hanya kebetulan. Yang pasti Allah dah tutup pintu hati aku nak pergi bazar Ramadhan agaknya. Ceritalah apa pun kehebatannya kesedapannya, aku tetap tak tertarik malah kembang tekak lagi adalah. Bagi aku bazar Ramadhan paling best ialah kat dapur aku sendiri keh keh. Bukanlah aku nak memperlekehkan bazar Ramadhan, Nunun dan Amer pun cari makanan kat bazar Ramadhan jugak, kesian kat dia orang, semuga Allah swt melindungi mereka dari makan yang tidak bersih dan peniaga yang tidak ikhlas.
Kali ini kami sambut 1 Ramadhan 4 beranak, menunya air oren dan tembikai, En Has pulak macam diserang batu karang balik, so air tembikai tu kira ubatlah, rendang daging (stok semalam yang di frozenkan),sambal bilis separuhnya nak difrozenkan jugak, bihun sup untuk menu lepas tarawikh dan stok ikan kembung sebelum puasa ada dua ekor dibakar untuk En Has, Aid dah tentu ayam goreng tapi had 2 ketul sahaja sebab semalam nak pi tarawikh masa nak sarung seluar baju Melayu tahun lepas tak muat, terpaksalah pakai trek aje... euw.
Sabda Rasulullah saw : "Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan"

Saturday, June 22, 2013
Jum makan mee sup
Dah kenyang termenung pulak...
Satu lagi ada jual popia yang spesel sangat yang rasanya kat tempat lain tak akan jumpa. Nak rasa popia ni kena datang awal sikit, kalau pukul 6 ke atas memang dah sold out lah. Malangnya aku terlupa nak ambik gambar mee sup dan popia ni, yang ada gambar mangkuk kosong aje, keh keh
Ada orang tak cukup makan kat kedai aje, mesti tapau bawak balik nak makan malam nanti... siapa tu ye..
dan satu lagi yang best dekat sangat dengan masjid tertua Melaka ni, soal dah solat ke belum memang tak ada masalah.
Cubalah singgah di sini, kita orang kalau pi Melaka tak singgah sini, Aid akan merajuk dan tarik muka masam.
Monday, June 3, 2013
Happy Birthday Amal
Sabtu 01062013 birthday Amal yang ke-15. Oleh kerana hari tu sibuk dengan majlis kawin Zaini, hari Ahad malam baru celebrate kat sini
Dah kenapa pulak sibaju hijau ni
Pengganti kek... dah tak lalu nak makan kek lagi
Pelengkap kekenyangan
Hadiah birthday... jangan jelly...
Ni pun hadiah jugak...
Selamat Hari Jadi Amal - semuga menjadi anak solehah,pandai menjaga diri dan berjaya dunia dan akhirat.
Pastikan 9A dalam genggaman.
'we turn not older with years but newer everyday'
Pengganti kek... dah tak lalu nak makan kek lagi
Pelengkap kekenyangan
Hadiah birthday... jangan jelly...
Ni pun hadiah jugak...
Pastikan 9A dalam genggaman.
'we turn not older with years but newer everyday'
Monday, May 27, 2013
Terengganu again....
23 Mei 2013.... kami berangkat lagi ke Trengganu, dengan dua matlamat: menjenguk Akak dan Amer &Zaini's wedding. Kali ni kami lalu Karak sebab ambik Nunun di Beranang. Ada budak tu dah makan kat rumah tapi makan lagi kat hentian Genting Sempah. Meriah betul kat sini, kebetulan 24 hb cuti Hari Wesak.
Target kami nak solat Suboh di Terengganu, apa lagi pagi Jumaat nak juga pengalaman sujud sajadah/tilawah. Alhamdulillah hajat memang kesampaian kerana lebih kurang 10 minit sebelum waktu suboh kami sampai di masjid Labohan area Paka rasanya, tapi sayangnya azan dan solat tidak menggunakan mikrofon,dan kawasan solat perempuan ditabir oleh dinding kayu dan kami tak boleh nampak langsung pergerakan jemaah lelaki. Oleh kerana tak ada satu biji butir pun bacaan imam yang aku boleh dengar, solat sendirian sahajalah.
Oleh kerana homestay yang kami book masih ada penghuni lepaklah dulu kat kawasan Unisza,hujan pulak tu, sempatlah breakfast nasi lemak yang rupa dan rasanya tak sama dengan nasi lemak kita, tapi Aid kata sedap hi hi.
Pukul 10.30 pagi pemilik homestay pun telefon dah boleh masuk, legalah tak terkata, dah penat dah ni bolehlah kuak lentang jap. Lepas tu tak pi mana-mana dah cuma petang ajak Amer pi Giant beli barang sikit.Petang jam 6.00 barulah bertolak ke Bukit Besi tapi En Has dah ter ikut jalan jauh, pukul 8.00 baru sampai.Gambar : agenda sebelum ke rumah pengantin
majlis akad nikah jam 10 lebih sebab demand untuk khidmat tok imam sangatlah tinggi... so ikut turn ye
Alhamdulillah majlis akad nikah selesai.
Ingatkan siang tak nak pergi dah tapi akhirnya pergi jugak... he he
Zaini &Rabiatul Annisa - semuga rumahtangga dilimpahi rahmat dan barakah, amin.
majlis yang sederhana... tak ada unsur-unsur bermegah dan membazir cam kat tempat kita... eh nak tirulah, biarlah orang mengumpat 10 tahun pun...
Terengganu gempak seketika dengan kedatangan kumpulan boria dari Melaka heh heh
Jam 9.45 am meninggalkan homestay Nur Kasih (tq En Man). Sempat lagi jenjalan kat Masjid Kristal, sekejap aje bukan tak pernah pergi pun tapi tak best masa ni Aid merajuk pulak.
gambar budak merajuk
macam biasa keropok kering beli kat Kemaman
kat tandas pun nak ambik gambar... ceh
satu perjalanan yang sungguh panjang dan tidak pernah kami alami, kenderaan bergerak seperti siput sepanjang lebuh raya Karak, hujan lebat pulak tu, ketika inilah pentingnya sifat sabar.
Sampai Beranang jam 12.15 am... thank you pak guard benarkan kami masuk ...he he
Safely arrived home jam 1.45 am. Terimakasih Ya Rabb kerana melindungi dan memelihara kami daripada sebarang malapetaka dalam perjalanan pergi dan balik, Amin.
Tips musafir :
1.Membaca Doa Ketika Naik Kenderaan
Tips musafir :
1.Membaca Doa Ketika Naik Kenderaan
Membaca, “Bismillah, bismillah, bismillah”. Ketika sudah berada di atas kenderaan, ucapkan, “Alhamdulillah” dan baca:
سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ
(Maha Suci Allah yang telah menundukkan semua ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami)
Lalu ucapkan, “Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah”, “Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar.” Kemudian baca,
سُبْحَانَكَ إِنِّى قَدْ ظَلَمْتُ نَفْسِى فَاغْفِرْ لِى فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ
(Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri, maka ampunilah aku kerana tidak ada yang mengampuni dosa-dosa selain Engkau).
2. Jika sudah berada di atas kenderaan untuk melakukan perjalanan, hendaklah mengucapkan, “Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar.” Setelah itu membaca,
سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِى سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِى السَّفَرِ وَالْخَلِيفَةُ فِى الأَهْلِ اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِى الْمَالِ وَالأَهْلِ
(Mahasuci Allah yang telah menundukkan untuk kami kenderaan ini, padahal kami sebelumnya tidak mempunyai kemampuan untuk melakukannya, dan sesungguhnya hanya kepada Rabb kami, kami akan kembali. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kebaikan, taqwa dan amal yang Engkau redhai dalam perjalanan kami ini. Ya Allah mudahkanlah perjalanan kami ini, dekatkanlah bagi kami jarak yang jauh. Ya Allah, Engkau adalah rakan dalam perjalanan dan pengganti di tengah keluarga. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kesukaran perjalanan, tempat kembali yang menyedihkan, dan pemandangan yang buruk pada harta dan keluarga)
3. Dalam perjalanan, baca “subhanallah” ketika jalan menurun dan “Allahu akbar” ketika jalan mendaki.
4. Membaca Doa Ketika hampir sampai
“A’udzu bi kalimaatillahit taammaati min syarri maa kholaq (Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari keburukan setiap makhluk).
5.Ketika Kenderaan Rosak
ucapkanlah basmalah (bacaan “bismillah”).
Dari Abul Malih “Aku pernah diboncengi Nabi saw lalu tunggangan yang kami naiki tergelincir. Kemudian aku pun mengatakan, “Celakalah syaitan”. Namun Nabi saw menyanggah ucapanku tadi,
لاَ تَقُلْ تَعِسَ الشَّيْطَانُ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَعَاظَمَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الْبَيْتِ وَيَقُولَ بِقُوَّتِى وَلَكِنْ قُلْ بِسْمِ اللَّهِ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَصَاغَرَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الذُّبَابِ
“Janganlah engkau ucapkan ‘celakalah syaitan’, kerana jika engkau mengucapkan demikian, syaitan akan semakin besar seperti rumah. Lalu syaitan pun dengan sombongnya mengatakan, ‘Itu semua terjadi kerana kekuatanku’. Akan tetapi, yang tepat ucapkanlah “Bismillah”. Jika engkau mengatakan seperti ini, syaitan akan semakin kecil sehinggakan seperti lalat.
Saturday, May 4, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)