Total Pageviews

Thursday, July 18, 2013

Ramadhan 9-10

Ramadhan 9

Ramadhan 10
pantas masa berlalu..... sudah 1/3 Ramadhan

Wednesday, July 17, 2013

RAMADHAN 8


Alhamdulillah genap seminggu melalui bulan Ramadhan. Semuga Allah swt memudahkan segala urusan.

Tuesday, July 16, 2013

RAMADHAN 7

Hari ni menumbuk sambal belacan untuk memenuhi permintaan En Has. Kari kepala ikan macam sedap je. Kuetiau goreng untuk 'mengulang' lepas tarawikh. Aid harap berpuas hati dengan tenggiri goreng. say no to 'Chicken licken' this week. Ramadhan adalah peluang untuk mengempiskan perut, bukan memboroikan perut!. Hari ni akak rajin pulak buat puding oreo, harap-harap menjadilah, kalau tak jadi/tak boleh makan sia-sialah harta negara heh heh

Sabda Rasulullah bermaksud: Jika umat manusia itu mengetahui akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan nescaya umatku menginginkannya supaya dijadikan sepanjang tahun ini sebagai bulan Ramadhan.



Monday, July 15, 2013

Ramadhan 5 -6

Ramadhan 5

Aid tak berbuka di rumah sebab pergi rumah uwan buka puasa dengan sepupunya. Amal dah balik, Amer dan Nunun balik lepas Maghrib.
Masak simple aje, rendang ayam tanpa santan resepi mak mertua, ayam goreng berempah, home made tepung pelita by Anor, karipap segera & cocktail cincau. Cocktail ni special sikit, daun cincau kering direbus ambil airnya dan dicampur dengan agar-agar yang telah dihancurkan, beserta fruit cocktail dan nata coco, best sangat air daun cincau menyejukkan badan.
Semuga Allah melindungi Amer dan Nunun sepanjang perjalanan balik nanti. Amin.

Ramadhan 6


-kembali berempat seperti biasa. Hari ni Aid buat hal sikit, tak nak pergi sekolah alasan demam.

* musykil... kenapa aku rajin sangat update blog ????????


Saturday, July 13, 2013

Ramadhan 3-4

Ramadhan 3 - hampir cukup korum hari ni bila Amer, Nunun dan Amal balik. Walau pun masak macam bidan terjun, pukul 6.20 baru nak start masak gara-gara nak ambik Nunun, tapi dah hampir 5.40 ptg tunggu Aid sekali. Alhamdulilah 5 minit sebelum berbuka selesai masak. En Has beli makanan feveretnya ketupat makan dengan sambal dan urap tapi aku rasa secubit aje sebab sambal tak menepati citarasa aku, sebab aku buat sambal 12 kali lagi sedap keh keh. Aid kata tak ada ayam tak apa asalkan ada sotong goreng tepung. Ikan bakar hanya jenak saja dimakan, cencaru tak usik pun, En Has lah kena habiskan lepas tarawikh nanti.
Ramadhan 4 -
Shopping kali ke dua untuk Amal dan Nunun, cepat pergi cepat balik, jam 1.00 dah ada kat rumah. 
Buat jelly puding lagi dan fruit cocktail. Jumpa lemang beli lemang pulak, kenalah buat rendang daging. Aid tak suka daging, goreng ikan tenggiri bolehkan Aid, tak kan hari-hari ayam... ingat seluar dah tak muat kui kui.

“Dan ingatlah ketika Rabb-mu memberitahu, jika kalian bersyukur nescaya Aku akan tambah bagi kalian. Dan jika kalian kufur, sesungguhnya azabKu itu amatlah berat.” (Surah Ibrahim: 7)

Thursday, July 11, 2013

Wednesday, July 10, 2013

RAMADHAN 1 - "Bazar Ramadhan" aku

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
Syukur kepada Allah swt dengan limpah kurniaNya aku berkesempatan lagi bertemu Ramadhan kali ini. Dengan bermulanya Ramadhan maka bermulalah pesta makanan, walau telah ditegur ulamak jangan berpesta makanan, tapi adakah masyarakat peduli. 
Bagi aku, bazar Ramadhan memang telah lama lenyap dalam hidup aku, tak ingat bila kali terakhir aku menjejak kaki di bazar Ramadhan. Cuma yang aku ingat kali terakhir aku pergi tu nak beli kuih bingka berlauk, budak yang jaga gerai tu lelaki remaja, masa dia nak isi kuih tu dalam plastik aku ternampak macam ada bulu roma kat kuih tu jadi aku suruh tukar lain, dia pandang muka aku macam ptui...hei dude tak kan aku nak makan kuih yang dah tercemar dengan bulu roma orang tercicir tu. Tapi bukanlah muka budak tu yang buat aku tobat tak pergi bazar Ramadhan lagi, itu hanya kebetulan. Yang pasti Allah dah tutup pintu hati aku nak pergi bazar Ramadhan agaknya.  Ceritalah apa pun kehebatannya kesedapannya, aku tetap tak tertarik malah kembang tekak lagi adalah. Bagi aku bazar Ramadhan paling best ialah kat dapur aku sendiri keh keh. Bukanlah aku nak memperlekehkan bazar Ramadhan,  Nunun dan Amer pun cari makanan kat bazar Ramadhan jugak, kesian kat dia orang, semuga Allah swt  melindungi mereka dari makan yang tidak bersih dan peniaga yang tidak ikhlas.
Kali ini kami sambut 1 Ramadhan 4 beranak, menunya air oren dan tembikai, En Has pulak macam diserang batu karang balik, so air tembikai tu kira ubatlah, rendang daging (stok semalam yang di frozenkan),sambal bilis separuhnya nak difrozenkan jugak, bihun sup untuk menu lepas tarawikh dan stok ikan kembung sebelum puasa ada dua ekor dibakar untuk En Has, Aid dah tentu ayam goreng tapi had 2 ketul sahaja sebab semalam nak pi tarawikh masa nak sarung seluar baju Melayu tahun lepas tak muat, terpaksalah pakai trek aje... euw.

Sabda Rasulullah saw : "Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan"