26 Muharram.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Hari ini keputusan PMR keluar.
Jam 11 pagi, kami ke SMK Datok Hj Talib Karim.
Tunggu dalam debar. Air mata dah mula keluar. Beristighfar sahaja yang mampu dilakukan.Tunggu hingga jam 12.00
Nama pertama disebut : Aliah Khaliqah binti Hasan. Tuhan sahaja yang tahu, berakhir sudah penantian yang menyiksakan. Alhamdulillah, selepas kejayaan berganda bagi tahun 2010 (Akmal 5A UPSR dan Nunun 9A PMR) saat indah itu berulang kembali hari ini. Gembira dan terharu bila dia juga mengikut jejak langkah kakaknya. Akhirnya segala usaha dan penat lelahnya terbayar dengan kejayaan yang dimiliki hari ni. Mak pun dah bolehlah melepaskan nafas kelegaan. Hati emak mana lah tak dup dap dup dap.

Terima kasih tidak terhingga buat guru-guru yang telah turut memberikan komitmen dan mendoakan kejayaan Aliah. Terima kasih SMKDTHK. Teruslah mendidik anak-anak muridmu. Muga menjadi anak-anak soleh dan memiliki akhlak terpuji... hanya di sini segalanya bermula..
Tapi.. dalam suka ada duka. Mungkin Aliah akan ke asrama, tinggallah kami bertiga-tigaan.
Dikurniakan Allah anak yang cemerlang sudah memadai bagiku... terima kasih ya Rabb nikmatMu yang mana lagi yang ingin kudustakan.

Semoga Allah melimpahkan keberkatan dan rahmat, serta memberikan kejayaan berterusan dlm pelajaran, kehidupan di dunia dan di akhirat buat semua yang sangat kusayangi... amin.. ya rabbal a'lamin...
* Hadiahnya... esok kita jalan ke Terengganu ok.
"Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi yang jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak"
Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah
Pakar Motivasi

No comments:
Post a Comment