Total Pageviews

Thursday, December 8, 2011

Bahagia di usia sendu

Nak kata 'senja' cam tuek sangat pulak, bolehlah kata 'usia sendu'. Jika diberi pilihan nak balik ke usia muda, jawapannya memang tak mahu kerana hidup lebih tenang di usia begini. Dulu ketika muda, hidup bagai tiada tujuan, amal ibadat ala kadar, solat asal solat sahaja. Belum cerita amal ibadat yang lain, boleh dikatakan hancus, fokus hanya kehidupan dunia. Kosong dan sia-sianya kehidupan tetapi menyesali masa lalu tak memberi manfaat langsung. Syukurlah Allah memberi hidayahNya. Seperti kata Prof Kamil (http://www.muhdkamil.org/blog/) ibadah haji adalah sempadan iman dan haji mabrur terletak pada fasa kehidupan selepas pulang sehinggalah kematian. Jika Allah takdirkan umur sehingga 60 tahun sahaja, tempoh antara umur 47 tahun sehingggalah 60 tahun (hanya 13 tahun). Mampukah aku bertahan kerana sebagai manusia hati memang selalu berbolak balik, apa lagi kehidupan sentiasa dikelilingi oleh hati-hati yang amat mementingkan dunia. Kadang kala aku simpati pada orang yang  seusiaku atau yang lebih tua tetapi seperti tidak mendapat 'isyarat', masih meminati hiburan, masih bercerita tentang lagu, drama , fesyen, harta benda, tidak perasankah mereka baki umur semakin sedikit. Syukurlah minat pada hiburan,pakaian cantik, perhiasan semakin pudar. Aku harus merenggangkan diri dari insan-insan yang bersifat terlalu keduniaan kerana ianya hanya menyukarkan perjalananku meniti titian siratMu. Kelilingilah aku dengan insan-insan yang memberi manfaat dunia dan akhirat.Wahai hati, biarkan daku menebus semula masa tersisaku yang telah dipersiakan sekian lama.


Wahai Tuhanku, bersihkan hatiku daripada bersikap bermuka dua, dan bersihkan amalanku daripada riya', dan bersihkan lidahku daripada dusta, dan bersihkan mataku daripada kecurangan. Sesungguhnya Engkaulah yg mengetahui setiap jelingan mata yg curang dan segala sesuatu yg tersembunyi di dalam dada.



No comments:

Post a Comment