20032013 Rabu
Happy belated birthday Aid - 20 Mac 2013 hari Rabu lepas kami tak dapat sambut besday Aid sebab En Has berkursus di Bukit Tinggi. Sori ye Aid tak dapat bawak goodies kat sekolah seperti yang kita dah plan.
Hari Ahad 24/3 barulah dapat beli kek untuk Aid yang tersayang.
Kebetulan Pak Cik, Imran,Aniq,dan Amca pulak ada, meriahlah sikit, Aid pun nampak happy sangat. Ingat malas dah nak sambut besday tapi sebab Aid dapat no 1 dalam Ujian 1 rasa nak celebrate pulak (pada hal ayah dah belanja kay.ef.si petang tu). Lagi pun baru 10X sambut besday kan Aid, dia orang dah berbelas-belas kali, tak payahlah celebrate lagi.
Happy 10 th birthday Aid, semuga jadi anak yang membahagiakan ibu dan ayah. (Tak menahan betul tengok badan Aid berpeluh-peluh, masamnya tak payah ceritalah).
Ini sahajalah gambar yang dapat upload sebab semua gambar Aid dengan kek bila upoad jadi terbalik,
tak tau la masalah apa.
21032013 Khamis
Satu lagi peristiwa yang menggembirakan seluruh keluarga En Has apabila keputusan SPM 2012 diumumkan dan Ainunul Khalilah binti Hasan adalah salah seorang daripada 26 calon SPM 2012 SBPI Selandar yang mendapat 11A. Syukur dengan nikmatMu Ya Allah, semuga kami semua terus berada dalam perlindungan dan rahmatMu Ya Rabb.
Maafkan ayah dan ibu kerana tidak dapat menemani Nunul pada hari itu. Allah swt lebih mengetahui apa yang terbuku di hati, semuga pengorbanan kita semua dilimpahi nikmat Allah swt samada nikmat yang nyata mahu pun nikmat yang tersembunyi.
Gambar ehsan dari Syukri - terima kasih.
Kini kami berdebar menunggu seorang lagi calon SPM 2013 -Aliah Khaliqah binti Hasan untuk mengulangi sejarah yang sama seperti kakaknya.
Bersyukur itu lebih berat dari bersabar.
"Sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur" - As Saba' 13
No comments:
Post a Comment