Total Pageviews

Tuesday, April 16, 2013

Happy Birthday Mr Has and Good Luck Nunun

Rasa tak semangat pulak nak hapdet blog minggu ni tapi kerana ada dua peristiwa berlaku dalam family kami, digagahkan juga menghapdet.

14.4.2013 Ahad


Hari Lahir Mr Has yang ke....... dah tetua ni umur kena rahsia... he he cam artis-artis selalu buat tu. Kalau nak beritau pun kena mudakan sikit dari umur sebenar.



Nampak tu keadaan kek sungguh sadis....MR HASAN tinggal SAN aje, ni gara-gara terjatuh masa En Has masuk simpang, nyesal sungguh kenapalah aku tak pegang aje kek tu, bukan besar mana pun, comei aje.


Tempat tradisi menyambut birthday: SBPI Selandar, entah kali ke berapa sambut besday kat sini.


Semuga Allah swt melindungi, merahmati, mengasihi dan mengurniakan kesihatan yang terbaik untuk En Has.
Amin Ya Rabb.



15.4.2013 Isnin -  Nunun mendaftar lagi: MARA -Japan Ind. Institute, Beranang

Flashback - 12.04.2013 (Jumaat)  hari terakhir Nunun di UPM. Berlakulah drama air mata saat nak berangkat.


Sedih jugak aku tengok, hampir 4 bulan bersama susah dan senang.


Eh aku pun menyebok gak. Thank you uols jadi kawan yang baik buat Nunul, kau orang semua memang excellent, teruskan perjuangan dan muga Allah swt merahmati dan melindungi kalian.


Acara wajib sebelum berangkat


Dekat je... 1 jam 15 minit dah sampai


Sukar untuk membuat keputusan tetapi oleh kerana tawaran ini sampai dahulu berdoalah kepada Allah swt agar pilihan ini tepat dan terbaik.
Sampai kat bilik, suasana daftar tak tau camana sebab students dan parents berasingan.
Dah tak ada apa lagi, nak balik dah, lagi pun cuaca panas sungguh, rasa nak cepat balik je heh heh
Beli air jap
Sayonara.... lepas ni tak cakap melayu dah.

"semoga  terus berjaya dan cemerlang, dipermudahkan urusan dunia akhirat, diberkati dalam kehidupan, dipanjangkan umur, murah rezeki dan terus diberikan kekuatan"


Pesanan penaja: bangunlah 1/3 malam tersisa...berdoalah Allah makbulkan, mintalah Allah perkenankan

No comments:

Post a Comment