Total Pageviews

Wednesday, June 13, 2012

Happy Birthday Amal

Jumaat 1 Jun 2012
Happy Birthday Amal
Gambar Amal paling cantik
14 yrs old girl.

Sunday, June 3, 2012

Kenapa mak tak suka ...

Cuti pertengahan tahun ni ramailah yang buat kenduri kawin. Kalau melibatkan saudara dan rakan rapat kenalah pergi kan. Sebenarnya menghadiri kenduri kawin ni adalah salah satu agenda yang mak rasa 'kureng' suka sikit kerana ada beberapa perkara yang mak tak berkenan seperti:

A. Pencemaran Telinga
i. lagu dipasang terlalu kuat hingga memecahkan gegendang telinga.... kalau terjumpa rakan lama tak boleh nak bercakap apa pun, salam aja lah.
ii. bertambah annoying ada DJ tak bertauliah yang bla bla bla habis semua orang ditegur... ada pulak DJ yang kenal laki I, dia cakap "selamat datang kepada En Hasan dan isterinya... berdua aje macam pengantin baru... bluek bluek... terkena jugak aku.
iii. mak suka pergi rumah Kak Rubiah kat Masjid Tanah, hanya pasang bacaan Al Quran, tak ada lagu gila yang menyakitkan telinga
iv. yang terbaru kat Bukit Piatu rumah sedara En Has, pengantin berarak siap ada mercun, tak kurang 10 kali meletup-letup, mak dengar bunyi mercun memang stress
v. kat kampung En Has ni DJ dia suka mainkan lagu 60-an yang jiwang kerawang, bertambahlah sakit telinga mak.

B. Pencemaran Mata
i. pompuan yang tak menutup aurat dengan bangganya mempamerkan 'kecantikan' dari hujung rambut ke hujung kaki baik anak dara atau mak orang, tak payah ulas lebih-lebih, siapa pergi kenduri kawin boleh lihat sendiri gelagat pompuan akhir zaman.
ii. pompuan yang bertudung tapi pakai baju ciffon tanpa lining, pakai simis je, aduhai kak aurat tu rambut aje ke...
iii. pompuan pakai t shirt dengan seluar je... nampaknya perempuan melayu terakhir  dah tak pandai bezakan pakaian ke majlis dan pakaian nak pi jogging. Nak pakai seluar pun pakailah jubah seluar yang nampak lebih sopan.
iv. ada satu majlis kawin (dah lama) mak ternampak pompuan yang pakai t shirt dengan seluar duk termenung muka pulak muram,  mak cakap dalam hati dah lah baju selekeh muka pulak cam orang mati laki..... ha... kan mak dah dosa
v. ada satu majlis kawin pulak, kawan sekolah, ramailah bekas anak murid yang hadir. Mereka duduk semeja bergelak ketawa tak hengat, sampai ada mak cik tu pandang-pandang. Malunya tengok gelagat remaja pompuan zaman sekarang, dah tak reti jaga adab dalam majlis.

C. Pembaziran
i. badan cekeding tapi ambik nasi dan lauk sebumbung. boleh habis ke dik, mentang-mentang ceduk sendiri, agak-agaklah, tak baca paper ke kat Somalia ramai yang kebuluran tak ada makanan.
ii. bawak anak kecik dalam stroller lagi.... mak sepinggan, anak dalam stroller sepinggan... suap dua tiga kali tolak pinggan....membazir tak nama nya tu... agak-agaklah, share aje nasi sepinggan dengan anak kecik tu
iii. dah macam wajib pulak tuan rumah bagi goodies, tak apalah kalau mampu tapi selalunya mampu's'... sori mampus nak tanggung kos lagi. Rasanya goodies ni tak perlu kalau setakat isi keropok ubi & gula-gula tak ada jenama. Suka dengan goodies kenduri Pak Sheikh hari tu, dewasa dapat towel, remaja dapat sarung telefon (sponsor Maxis) dan kanak-kanak dapat sweets, Tak payah balut-balut/beg bagai.Simple.
iv. Kad kawin punyalah glamour & mewah, membazir tu. Setuju dengan Pak Sheikh kad kawin sederhana, 1/3 saiz A4 aje, tu sebab jauh di Batu Pahat pun kami datang, keberkatan majlis terserlah dari awal lagi. Tak ada unsur bermegah-megah,  tu lah beza orang berilmu dengan yang tidak.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang annoying dalam majlis kawin. Mungkin inilah antara punca institusi keluarga yang semakin kacau dan  kadar penceraian yang semakin meningkat. Keberkatan sudah tidak ada sejak huruf A lagi.... apa lagi nak meneruskan sehingga Z. Masyarakat kita amat mementingkan persiapan sebelum perkahwinan, sedangkan persiapan selepas perkahwinan tidak ada langsung dalam agenda.

Monday, April 30, 2012

Lupa lagi....

Semenjak dua menjak ni selalu aje terlupa... lupa tu....lupa ni....mungkin faktor umur yang semakin tuek. Mujurlah jumpa artikel ni dari blog abang raja, mungkin dapat membantu:


Tips Kuatkan Daya Ingatan

Terdapat banyak cara untuk menguatkan daya ingatan kita iaitu ialah amalan membaca Al-Quran (bagi yang beragama Islam), berpuasa dan bersugi. Kata-kata khalifah terakhir Islam daripada Khulafa Al-Rasyidin, Saidina Ali Bin Abu Talib r.a., “Terdapat tiga perkara yang menguatkan ingatan dan menghilangkan balgham iaitu bersugi gigi, berpuasa dan membaca al-Quran.”

Bersugi; zaman nabi-nabi dulu bersugi dengan menggunakan kayu siwak terutamanya kayu zaitun kerana baunya harum dan dapat menghilang penyakit gigi.Banyak sebenarnya kelebihan bersugi;

1) Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“ Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih
baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang dengan tidak bersugi “.
( Riwayat Muslim )

2) Dapat menajamkan akal.
3) Dapat mencerahkan mata.
4) Melambatkan tumbuh uban .
5) Dapat menggandakan pahala.
6) Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal.

Berpuasa; selain berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, apa kata kita amalkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.


Definisi puasa pula bukannya terhad kepada menahan diri daripada makan dan minum sahaja. Puasa bererti menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Bukan setakat itu sahaja, kita juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Penglihatan dan pendengaran kita juga hendaklah dijaga.

Membaca Al-Quran;  Al-Quran adalah sebaik-baik bacaan bagi mereka yang beriman, sama ada ketika senang atau susah. Al-Quran adalah kitab suci diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai satu rahmat yang tiada bandingnya bagi seluruh alam. Penurunannya adalah semata-mata untuk dijadikan petunjuk, pedoman dan pengajaran bagi semua umat manusia di dunia ini
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar (membaca) al-Quran dan mengajarnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)


Jadi, carilah kesempatan untuk membaca Al-Quran pada setiap hari. Kalau boleh, amalkan membaca Al-Quran setiap kali selepas solat Subuh dan selepas solat Maghrib. Awal-awal memang susah nak jadikan amalan, tetapi bila dah jadi amalan, sehari tak baca Al-Quran, rasa serba tak kena. Dan baca sekali dengan tafsirnya sekali ye. Baru faham apa yang dibaca dan meresap ke dalam jiwa.
Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “Bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., "Banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran."


Dan, amalkan juga membaca ayat-ayat di bawah di waktu pagi dan petang.
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.


Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”. 
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

Saturday, March 17, 2012

Happy 9 th birthday Aid

20.03.2012 ni hari lahir Aid yang ke 9, tapi kami sambut awal sebab tarikh tu nanti dah sekolah, tak meriah sambut 3 orang kan.
orang yang paling manjakan Aid
orang no.2 yang manjakan Aid
Aksi terlampau dari besday boy
kerana akak nak join, sambut besday kat pondok pelawat KMM
three little girls yang tak mahu ketinggalan
Tinggal tiga.... sila berebut.

Thanks a lot Atam for the yummy yummy cup cakes.
"Semuga kita semua sentiasa berada dalam perlindungan Allah"

Friday, March 16, 2012

Tahniah Aid

Ujian 1 2012
menggembirakan ayah dan ibu sebab semua A
esp. yang ini:
English langsung tak belajar apa-apa sebab cikgu cuti bersalin, so mak nya ambil inisiatif sendiri beli 3 buah buku latihan buat sendiri di rumah.
Kalau tak kerana ke'careless'an tentu Math pun 100%, tapi apa nak buat, Aid memang selalu 'performed' bila ujian Math, kali ini tak ada rezeki. Syukur Alhamdulillah. Semuga Aid mengikut jejak kakak dan abangnya. Amin Ya Rabb.
Untuk ibu bapa, bekerjasamalah untuk merealisasikan kejayaan anak-anak. Jangan hanya menyalahkan guru apabila anak kurang cemerlang.

Friday, March 9, 2012

Backdated entry

1. Dunia baru Aliah
7 Februari 2012 Aliah mendaftar di SBPI Selandar
Bye bye 'I'm gonna miss my home' (tu dalam hati Aliah agaknya)
Menunggu giliran
Insya Allah, segalanya pasti lebih mudah, sekolah ni bukan asing bagi kita, dah masuk 4 tahun kita berulang alik di sini, syukur padaMu Ya Allah.
Dunia baru bermula saat ini, semuga Allah merestui perjalanan hidup kita semua. Amin Ya Rabb.

2. Happy 17th  Nunun (18.2.2012 Saturday)
Semuga Allah kurniakan kehidupan dan kesihatan yang terbaik buat kita semua dan khas untuk Nunun semuga cemerlang dalam SPM 2012

Tq sis for the lovely cake

Thursday, December 22, 2011

9A KINI DALAM GENGGAMAN


TAHNIAH PRINCESS ALIAH
26 Muharram.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Hari ini keputusan PMR keluar.
Jam 11 pagi, kami ke SMK Datok Hj Talib Karim.
Tunggu dalam debar. Air mata dah mula keluar. Beristighfar sahaja yang mampu dilakukan.Tunggu hingga jam 12.00
Nama pertama disebut : Aliah Khaliqah binti Hasan. Tuhan sahaja yang tahu, berakhir sudah penantian yang menyiksakan. Alhamdulillah, selepas kejayaan berganda bagi tahun 2010 (Akmal 5A UPSR dan Nunun 9A PMR) saat indah itu berulang kembali hari ini. Gembira dan terharu bila dia juga mengikut jejak langkah kakaknya. Akhirnya segala usaha dan penat lelahnya terbayar dengan kejayaan yang dimiliki hari ni. Mak pun dah bolehlah  melepaskan nafas kelegaan. Hati emak mana lah tak dup dap dup dap.
Terima kasih tidak terhingga buat guru-guru yang telah turut memberikan komitmen dan mendoakan kejayaan Aliah. Terima kasih SMKDTHK. Teruslah mendidik anak-anak muridmu. Muga menjadi anak-anak soleh dan memiliki akhlak terpuji... hanya di sini segalanya bermula..
Tapi.. dalam suka ada duka. Mungkin Aliah akan ke asrama, tinggallah kami bertiga-tigaan.
Dikurniakan Allah anak yang cemerlang sudah memadai bagiku... terima kasih ya Rabb nikmatMu yang mana lagi yang ingin kudustakan.
Semoga Allah melimpahkan keberkatan dan rahmat, serta memberikan kejayaan berterusan dlm pelajaran, kehidupan di dunia dan di akhirat buat semua yang sangat kusayangi... amin.. ya rabbal a'lamin...
* Hadiahnya... esok kita jalan ke Terengganu ok. 

 "Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi yang jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak"

Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah
Pakar Motivasi