Total Pageviews

Tuesday, March 26, 2013

HAPPY BIRTHDAY AID & SPM 2012

20032013 Rabu
Happy belated birthday Aid - 20 Mac 2013 hari Rabu lepas kami tak dapat sambut besday Aid sebab En Has berkursus di Bukit Tinggi. Sori ye Aid tak dapat bawak goodies kat sekolah seperti yang kita dah plan.
Hari Ahad 24/3 barulah dapat beli kek untuk Aid yang tersayang.
Kebetulan Pak Cik, Imran,Aniq,dan Amca pulak ada, meriahlah sikit, Aid pun nampak happy sangat. Ingat malas dah nak sambut besday tapi sebab Aid dapat no 1 dalam Ujian 1 rasa nak celebrate pulak  (pada hal ayah dah belanja kay.ef.si petang tu). Lagi pun baru 10X sambut besday  kan Aid, dia orang dah berbelas-belas kali, tak payahlah celebrate lagi.
Happy 10 th birthday Aid, semuga jadi anak yang membahagiakan ibu dan ayah. (Tak menahan betul tengok badan Aid berpeluh-peluh, masamnya tak payah ceritalah).

Ini sahajalah gambar yang dapat upload sebab semua gambar Aid dengan kek bila upoad jadi terbalik,
tak tau la masalah apa.

21032013 Khamis
Satu lagi peristiwa yang menggembirakan seluruh keluarga En Has apabila keputusan SPM 2012 diumumkan  dan Ainunul Khalilah binti Hasan adalah salah seorang daripada 26 calon SPM 2012 SBPI Selandar yang mendapat 11A. Syukur dengan nikmatMu Ya Allah, semuga kami semua terus berada dalam perlindungan dan rahmatMu Ya Rabb.
Maafkan ayah dan ibu kerana tidak dapat menemani Nunul pada hari itu. Allah swt lebih mengetahui apa yang terbuku di hati, semuga pengorbanan kita semua dilimpahi nikmat Allah swt samada nikmat yang nyata mahu pun nikmat yang tersembunyi.
Gambar ehsan dari Syukri - terima kasih.
Kini kami berdebar menunggu seorang lagi calon SPM 2013 -Aliah Khaliqah binti Hasan untuk mengulangi sejarah yang sama seperti kakaknya.

Bersyukur itu lebih berat dari bersabar.
"Sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur" - As Saba' 13

Thursday, March 21, 2013

SPM 2012-SELANGKAH KE HADAPAN

Khamis 21032013 - hari yang ditunggu-tunggu oleh bukan semua semua calon SPM 2012 tiba jua akhirnya.
Seorang calon SMK Lubok China berjaya mendapat stret A.
Nurain Anuar - 9A.
Kejayaan Ain memang telah diduga kerana Ain menunjukkan pencapaian yang konsisten sejak Ujian 1 Ting 4 sehinggalah Trial Exam SPM. Ain datang dengan pakej lengkap bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malah  dari segi sahsiah juga. Amboi melambung-lambung pujian aku. Semuga Ain mendapat tawaran terbaik agar dapat meneruskan kelangsungan hidupnya sebagai pelajar cemerlang.
gf Ain : Nurfatihah - 6A. Fatihah cam malu-malu pulak. Budak baik-baik jugak ni.
Aizat-6A, Nazmi -5A. Curi gambar Kak Pah sebab gambar Aizat kelabu, Nazmi pulak tak sempat ambik. Harap Kak Pah tak saman. Kalau saman pun aku menang sebab gambar tak ada watermark.
5A. Najib menonjolkan diri kat pintu bilik SU, dapatlah gambar kau keluar kat blog aku xo xo xo
Sakinah yang tomei - 6A.
Zalikha 5A, penat kau posing berpuluh kali, gambar yang keluar ni aje....sob sob sob
Mira 5A, kau duduk rumah tiga bulan macam dipam-pam.

(iyo iyo aku suruh korang semua tayang slip bukan boleh nampak pun harharhar)


   My princess.... 11A

    11A jugak, kalau tidak ada la yang nanges guling-guling

Tahniah 3X
Kepada semua yang telah berjaya....anda kini berada selangkah ke hadapan

Pesanan Lukmanul Hakim : Bukanlah suatu kebaikan apabila seseorang mencari ilmu tetapi tidak pernah mengamalkannya, ibarat orang yang mencari kayu api setelah banyak ia tidak mampu memikulnya malah masih mahu menambahkannya.

Pesanan penaja : Kejayaan bukanlah suatu destinasi tetapi adalah sebuah perjalanan. 

Wednesday, February 27, 2013

FEB 18


18.02.2013 Happy 18 th birthday Nunun

 Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji,
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.


Wednesday, February 13, 2013

PENGUMUMAN KHAS

Pengumuman khas buat kiddy kiddo semua.....
Mulai tahun 2013 semua hari jadi akan disambut secara twin twin... apakah itu. Dengar sini baik-baik... heh mana boleh dengar... baca entri ini dengan tekun:
1. Hari jadi Nunun dan Aid akan disambut pada 2/3 Mac atau lebih afdal 23/24 Mac (cuti sekolah)
2. Hari jadi Amal dan Amer akan disambut pada 8/9 Jun
3. Hari jadi Aliah dan Akak akan disambut pada 7/8 Dec
Jimat kan heh heh, mak tak nak lagi membazir sambut hari jadi sampai 6/7 kali setahun
Harap maklum. No objection. Bye

Friday, January 25, 2013

happy belated birthday akak

22.12.2012 untuk pertama kalinya tak dapat meraikan besday akak yang ke 19.  Rasanya dah 18 kali sambut besday dengan kek bagai tapi kali ni tak dapat diraikan bersama. Sebenarnya masa 22 hb tu kita orang ada buat kek red velvet sempena hari jadi akak tapi kita orang tukang makan, akak tukang  tengok gambar aje he he. Bila akak ada di rumah dan Anor pulak dah start membaking minta tolong buatkan kalau ada masa tapi tak berharap sangatlah, tu yang tak dan nak suruh tulis 'happy birthday' kat kek. 
Dah jeling-jeling kek kat Baker's Cottage tapi rasa tak selera pulak, masa dok pikir2 nak beli ke tak nak beli ke tak Anor pun telefon kek dah buat, Alhamdulillah. 


Semoga dipanjangkan umur..
Umur Yang bermanfaat.
Jodoh yang membahagiakan
Dimurahkan rezeki
Dipermudahkan urusan
Dikurniakan Iman yang teguh..
Menjadi anak yang soleh untuk ibumu..
Diberkati dan dirahmati Allah SWT
Berjaya di dunia dan akhirat
InsyaAllah

Thursday, January 24, 2013

Berat mata memandang....

Kisah bekas anak murid
http://mujahidah2u.blogspot.co.uk/2013/01/rentetan-pengalaman-di-hari-hari.html
Sebagai ibu yang juga punya anak yang ramai apa tah lagi sebaya  dengan al marhumah, hati amat tersentuh dengan berita itu. Muga Allah swt memberi kekuatan kepada ibu bapa almarhumah untuk meneruskan kehidupan tanpa anak tersayang. Peringatan juga untuk diriku : anak hanya pinjaman Allah swt, apabila tiba masanya Dia mengambil semula hakNya, mampukah aku menghadapinya?

Saturday, January 19, 2013

Tab da hilang

Hari ni Aid budak mulut tak ada insuren tu telah mengkategorikan aku sebagai "orang yang terover berhati-hati" bila aku selalu menegur en somi memandu. Ye aku memang seorang yang sangat teliti dan berhati-hati tetapi sebagai insan biasa yang lemah, ada kalanya aku 'khilaf', terlalai, alpa. Ketika solat Zohor di masjid UPM tadi aku terlalai. Ketika meninggalkan masjid lebih kurang jam 2.00, kami sopink barang-barang kat Serdang, pas tu pergi kolej 17, amat jauh dari UPM, round2 lagi kat Bukit Ekspo, barulah hantar Nunun balik kolej. Ketika hampir memasuki Plaza tol hampir jam 5.00 barulah Allah swt menggerakkan hati aku teringat nak tanya Aid beg kelabu ada kat belakang tak. Check punya check sahih tak ada, patah balik ke masjid, lalu semula tempat parking tadi, subhanallah beg aku elok aje ada kat tepi jalan tapi zip terbuka. Bila nampak zip terbuka, aku tak mengharap lagi tab masih ada kat dalam. Sahih, telekung aje yang tinggal. Aku hairan kenapa hari ini aku boleh terlupakan beg telekung tu.
Hari ni satu dari rezeki kami telah Allah tarik... bukan salah sipencuri tu... kelalaian aku telah mendatangkan rezeki 'harem' kat orang lain. Aku tak marah kau sipencuri tapi aku kesian kat kau yang nak menjawab kat akhirat nanti.Kenapa kau tak ambil telekung tu sekali pakai buat sembahyang dapat juga aku pahala.
Alhamdulillah walau pun tab aku hilang tapi sekurang-kurangnya beg CR2 aku tak dikebas sekali, agaknya pencuri tu lelaki kut,  dia tak tau beg aku tu mahal gak heh heh. 
Aid kata tak apalah tab hilang mungkin lepas ni dapat ganti lebih canggih, macam hilang lego dapat ganti berkali ganda keh keh cakap nak sedapkan hati. 
Thank you Allah musibah yang melanda adalah satu peringatan supaya aku tidak lalai dari mengingati dan bersyukur kepadaMu. Aku akui kebelakangan ini banyak kesilapan yang aku lakukan yang menuntut aku supaya lebih bermuhasabah diri. Ada kalanya aku takut nikmat yang berterusan menyebabkan aku tak layak menikmati syurgaMu.