Total Pageviews

Tuesday, January 25, 2011

Nostalgia Margerin Planta

Membaca akhbar 25 Jan tentang pertandingan Pencarian Budak Planta mengingatkan aku untuk menulis tentang nostalgia margerin Planta. Zaman dolu-dolu mana ada margerin selain jenama Planta, begitu halnya dengan ubat gigi disebut Colgate, sabun mandi disebut Lux, minuman coklat disebut Milo kerana hanya itulah satu-satunya jenama yang ada di pasaran.
Dulu aruah abah sangat bangga dengan aku yang hanya mendapat no 1 atau 2 sahaja dalam peperiksaan. Adik-adik lelakiku yang 4 orang tu nombor dia kadang-kadang penuh bakul heh heh. Cuma bila Anor dan Uji bersekolah, aku kalahlah sebab derang lebih 'performed' berbanding aku, tapi aku rasa bukan derang lebih 'pandai' dari aku, cuma derang lebih moral support dan opportunities berbanding aku... ya lah aku anak sulung yang tiada siapa kisah, sedangkan zaman derang aku amat prihatin dan sayang sangat kat derang, tu sebab derang lebih pandai dari aku hu hu.
Ops dah lari topik, sebenarnya aku teringat aruah abah membandingkan kenapa aku lebih pandai dari adik lelaki aku yang 4 orang tu, teori abah adalah kerana masa kecik hari-hari makan roti paun dengan planta.... alahai. Kalaulah masa tu ada pencarian Budak Planta macam sekarang ni, tentu aku dah jadi pemenang. Tapi segalanya dah terlambat kerana aku bukan lagi budak Planta tapi mak/mak cik budak Planta ngeh ngeh.
Tapi bila anak dah berderet aku tak pula bagi anak-anak makan Planta, mungkin sebab dah banyak jenama lain... Buttercup, Farmcows, Daisy etc etc. Budak sekarang pun mana heran roti paun ngan margerin, kadangkala sampai berkulat roti paun yang kita beli.
Disebabkan roti paun dan margerin dah jadi makanan ruji aku sejak kecil, sampai tua ni aku boleh hidup ngan roti. Bekalku ke sekolah hanya 2 - 4 keping roti dan itulah yang mengenyangkan aku sampai balik rumah. Pelik tapi benar.
Aduhai margerin planta dan roti paun.... menitis air mataku.

No comments:

Post a Comment