Total Pageviews

Saturday, January 1, 2011

BYE AKAK

02.01.11 - Hari bermula awal berbanding biasa. Bahang sibuk mula dirasai. 6.00 am nasi lemak dah tersedia, pagi jam 8.00 am nak segera ke sekolah, ada program pendaftaran Ting. 1. datang jenguk muka sekejap sebab jam 9.15 am nak ke Masjid Tanah hantar akak naik bas untuk PLKN di Mersing. Bas bertolak jam 10.30, balik bersegera pulak masak untuk tengahari sebab Nunun nak balik ke asrama selepas Zohor.
Kesian akak yang tidak suka dirinya terpilih ke PLKN, tapi apa kan daya, kami juga risaukan akak sebab tempatnya jauh, tentu kita jarang dapat berjumpa. Tetapi belajarlah untuk menyukai apa sahaja yang Allah telah takdirkan ke atas diri kita, tentu ada hikmah yang tersembunyi, jika tidak sekarang, mungkin masa hadapan.

" Ya Allah, berilah kejayaan cemerlang kepada anakku Aqilah Khairunnisa dalam peperiksaan SPM, anugerahkanlah kesihatan yang terbaik untuknya dan lindungi dan peliharalah dia selama dia berada di sana"

Bye akak, Allah akan memelihara akak selama akak di sana.

No comments:

Post a Comment