Total Pageviews

Tuesday, May 17, 2011

Hargai Guru...

Salah satu program yang dirancang sempena Hari Guru sekolah kami adalah "Hargai Guru". Setiap guru menyediakan hadiah bernilai RM 10 ke atas (ada yang lebih tak kisahlah rezeki masing-masing), hadiah tu dinomborkan dan setiap guru akan buat cabutan untuk menentukan dapat hadiah mana, syaratnya kena redha lah kan kalau hadiah tu tak menceriakan hati. Sebab dah berjanji nak redha, tak payahlah nak komen dapat hadiah apa... kwang kwang, sorry to say hadiah yang mak dapat langsung tak ada manfaatnya, but I've no problem with that.
Ni lah satu-satunya program yang mak join, sukan/sukaneka... hancus! semangat kesukanan yang terlalu rendah telah menghalang mak menyertainya... alasan yang logik juga kan.
Amin Ya Rabb dalam kesibukan Hari Guru sempat juga menyiapkan soalan EA Kertas 1 & 2 yang masih terkial-kial ditaip sehingga hari Isnin 16 Mei, terjejas semangat nak meraikan Hari Guru (alasan lagi tu) teruk betul prestasi kerja, agaknya mak orang terakhir menghantar soalan untuk dicetak. Salah mak juga, dah awak buat jadual exam, kenapa tak letak tarikh exam EA tu lambat-lambat sikit, gunakanlah jawatan awak tu untuk kepentingan diri sendiri...ngeh ngeh.
Satu perkara yang agak dikesalkan...tiadanya kesedaran untuk memberi hadiah yang pahalanya berkekalan hingga ke alam barzakh, sebut hadiah semuanya terfokus kepada kilauan duniawi, dah tu nak hadiah besar-besar, kecil dianggap tak bernilai. Sebuah buku Al Mathurat yang bernilai RM 5 pun lebih bermakna jika diamalkan oleh penerimanya dan sipemberi sama-sama mendapat pahalanya selagi ia diamalkan.
Kepada tuan/puan yang menerima hadiah bernilai RM15 + beg RM 3.50, harap anda dapat memanfaatkannnya semaksimum mungkin malah yakinlah hidup anda menjadi lebih signifikan selepas ini.
"Ya Allah hanya padaMu aku berlindung daripada segala kepalsuan dunia yang membuat aku alpa"

Mei Bulan Istimewa
Bulan Mei nampaknya menjadi bulan agak istimewa untuk diri sendiri kerana akan menerima ucapan Selamat Hari Ibu, Selamat Hari Lahir dan Selamat Hari Guru. Walau pun pernah menulis sesuatu info tentang hari ibu di entry terdahulu, tetapi apabila anak mengucapkan hari ibu terima juga seadanya di samping mengingatkan mereka agar membaca entri lama tentang sejarah hari ibu.
Ibu adalah harta yang amat bernilai dan tiada tolok bandingannya.
Selagi mereka masih ada hargailah mereka
Dunia ini akan sepi tanpa insan seikhlas hati seorang ibu
Gembirakanlah mereka sebagaimana mereka menggembirakanmu
Doakanlah mereka sebagaimana mereka tanpa jemu mendoakanmu


No comments:

Post a Comment