1. Dunia baru Aliah
7 Februari 2012 Aliah mendaftar di SBPI Selandar
Bye bye 'I'm gonna miss my home' (tu dalam hati Aliah agaknya)
Menunggu giliran
Insya Allah, segalanya pasti lebih mudah, sekolah ni bukan asing bagi kita, dah masuk 4 tahun kita berulang alik di sini, syukur padaMu Ya Allah.
Dunia baru bermula saat ini, semuga Allah merestui perjalanan hidup kita semua. Amin Ya Rabb.
2. Happy 17th Nunun (18.2.2012 Saturday)
Semuga Allah kurniakan kehidupan dan kesihatan yang terbaik buat kita semua dan khas untuk Nunun semuga cemerlang dalam SPM 2012
Tq sis for the lovely cake
Total Pageviews
Friday, March 9, 2012
Thursday, December 22, 2011
9A KINI DALAM GENGGAMAN
26 Muharram.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Hari ini keputusan PMR keluar.
Jam 11 pagi, kami ke SMK Datok Hj Talib Karim.
Tunggu dalam debar. Air mata dah mula keluar. Beristighfar sahaja yang mampu dilakukan.Tunggu hingga jam 12.00
Nama pertama disebut : Aliah Khaliqah binti Hasan. Tuhan sahaja yang tahu, berakhir sudah penantian yang menyiksakan. Alhamdulillah, selepas kejayaan berganda bagi tahun 2010 (Akmal 5A UPSR dan Nunun 9A PMR) saat indah itu berulang kembali hari ini. Gembira dan terharu bila dia juga mengikut jejak langkah kakaknya. Akhirnya segala usaha dan penat lelahnya terbayar dengan kejayaan yang dimiliki hari ni. Mak pun dah bolehlah melepaskan nafas kelegaan. Hati emak mana lah tak dup dap dup dap.

Terima kasih tidak terhingga buat guru-guru yang telah turut memberikan komitmen dan mendoakan kejayaan Aliah. Terima kasih SMKDTHK. Teruslah mendidik anak-anak muridmu. Muga menjadi anak-anak soleh dan memiliki akhlak terpuji... hanya di sini segalanya bermula..
Tapi.. dalam suka ada duka. Mungkin Aliah akan ke asrama, tinggallah kami bertiga-tigaan.
Dikurniakan Allah anak yang cemerlang sudah memadai bagiku... terima kasih ya Rabb nikmatMu yang mana lagi yang ingin kudustakan.
Dikurniakan Allah anak yang cemerlang sudah memadai bagiku... terima kasih ya Rabb nikmatMu yang mana lagi yang ingin kudustakan.
Semoga Allah melimpahkan keberkatan dan rahmat, serta memberikan kejayaan berterusan dlm pelajaran, kehidupan di dunia dan di akhirat buat semua yang sangat kusayangi... amin.. ya rabbal a'lamin...
* Hadiahnya... esok kita jalan ke Terengganu ok.
"Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi yang jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak"
Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah
Pakar Motivasi

Thursday, December 8, 2011
Bahagia di usia sendu
Nak kata 'senja' cam tuek sangat pulak, bolehlah kata 'usia sendu'. Jika diberi pilihan nak balik ke usia muda, jawapannya memang tak mahu kerana hidup lebih tenang di usia begini. Dulu ketika muda, hidup bagai tiada tujuan, amal ibadat ala kadar, solat asal solat sahaja. Belum cerita amal ibadat yang lain, boleh dikatakan hancus, fokus hanya kehidupan dunia. Kosong dan sia-sianya kehidupan tetapi menyesali masa lalu tak memberi manfaat langsung. Syukurlah Allah memberi hidayahNya. Seperti kata Prof Kamil (http://www.muhdkamil.org/blog/) ibadah haji adalah sempadan iman dan haji mabrur terletak pada fasa kehidupan selepas pulang sehinggalah kematian. Jika Allah takdirkan umur sehingga 60 tahun sahaja, tempoh antara umur 47 tahun sehingggalah 60 tahun (hanya 13 tahun). Mampukah aku bertahan kerana sebagai manusia hati memang selalu berbolak balik, apa lagi kehidupan sentiasa dikelilingi oleh hati-hati yang amat mementingkan dunia. Kadang kala aku simpati pada orang yang seusiaku atau yang lebih tua tetapi seperti tidak mendapat 'isyarat', masih meminati hiburan, masih bercerita tentang lagu, drama , fesyen, harta benda, tidak perasankah mereka baki umur semakin sedikit. Syukurlah minat pada hiburan,pakaian cantik, perhiasan semakin pudar. Aku harus merenggangkan diri dari insan-insan yang bersifat terlalu keduniaan kerana ianya hanya menyukarkan perjalananku meniti titian siratMu. Kelilingilah aku dengan insan-insan yang memberi manfaat dunia dan akhirat.Wahai hati, biarkan daku menebus semula masa tersisaku yang telah dipersiakan sekian lama.
Wahai Tuhanku, bersihkan hatiku daripada bersikap bermuka dua, dan bersihkan amalanku daripada riya', dan bersihkan lidahku daripada dusta, dan bersihkan mataku daripada kecurangan. Sesungguhnya Engkaulah yg mengetahui setiap jelingan mata yg curang dan segala sesuatu yg tersembunyi di dalam dada.
Tuesday, November 29, 2011
Nak jadi lebah
Kita jangan jadi :
kucing ............ baik depan tuan aje tapi tuannya tak nampak bawak lari ikan, ada manusia cam ni?
buaya ............ tak menolak bangkai, haram halal semua kebas, ada? ada? ada.....
lalat ....... banyak benda wangi, yang busuk juga dihurungi, manusia cam lalat nampak salah orang aje, tak pernah nampak yang betul
babi ............ tau beranak tapi tak tau jaga anak malah anak pun tak kenal, ada kan! kan!
haruan ......... makan anak sendiri, ada...baca kat surat khabar
burung murai ..... suka bawa mulut pok pek pok pek, ada.....manyak!
anjing....... dah tolong digigit orang yang menolongnya, ada cuma belum terjumpa lagi, minta jauhlah dari orang cam ni
Jadilah mata lebah, mencari yang baik sahaja.
An-Nahl : 67
An-Nahl : 67
Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibina manusia.”
An-Nahl : 68
Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.
Thursday, November 24, 2011
Happy 15th Aliah
24.11.2011 Khamis. Happy Birthday Aliah

Fakta 1: Gambar sengaja diupload saiz kecik supaya tak ketara muka mak yang sama saiz dengan skrin PC, heh heh.
Fakta 2: Kusyen nampak lain sebab sambut besday kat rumah orang hu hu
Fakta 3: Aliah kenapa pakai track bottom aje, kureng sikit kelawaan

Tuesday, November 22, 2011
Wednesday, November 9, 2011
SKT (SINDROM KERAJINAN TERLAMPAU)
Menjelang Aidil Adha mak cik telah dilanda SKT (sindrom kerajinan terlampau) kerana semangat begitu berkobar-kobar nak membuat cookies dan kek. Macam susah nak percaya kerana rasa-rasanya kali terakhir buat cookies adalah tahun 1997, ni dah 2011, manyak lama tu. Rasa dah keras tangan nak memulakan aktiviti mengookies dan membaking yang pernah menjadi satu 'kegilaan' suatu ketika dulu. Siapa nak percaya kalau mak cik cakap mak cik dah mula buat kuih raya sendiri tanpa pertolongan sesiapa sejak Darjah 5 lagi. Balik sekolah tengok emak tak ada rumah, mak cik mula singsing lengan mengadun bancuhan biskut yang mak cik tengok dari resepi dalam majalah. Ada satu tahun tu beli margerin Planta dapat buku resepi, habis sekelian resepi dalam buku tu mak cik nak cuba. Susah nak percaya bila mak cik cakap setiap kali Raya, biskut yang dibuat hasil tangan makcik ni melebihi 20 jenis!. Hanya emak mak cik sahaja yang boleh mengiyakan fakta pelik tapi benar ni.
Tapi kalau dah rasmi malas tu malas jugak. Barang-barang yang dibeli ( baking powder, soda bicarbonate,cream of tar tar, esen vanilla, pewarna merah/hijau, cuka, cheese cream, butter, gula castor/icing, bla bla bla) dibuat pameran kat rak dan peti ais dulu sementara mak cik menunggu motivasi dalaman untuk memulakannya, 14 tahun bersara noks, bukan senang nak start balik.
Alhamdulilah.... barang-barang yang dibeli nampaknya tidaklah akan menjadi pameran buat selama-lamanya kerana projek pertama "cyristal ball cookies" telah pun terlaksana. Memang peveret mak cik kuih ni, minyak sapi + butter+tepung - buat 3 warna bulat-bulatkan, masak then golek dalam gula kastor, masuk dalam paper cup, sedap dik non.
Angan-angan nak membuat red velvet cake juga bukan sekadar angan-angan kosong kerana pada petang Raya Haji terlaksanalah hasrat nak menunjuk kehandalan membaking. Tidak menghampakan, habis licin dimakan, cuma cacat tang warna merah pakai sirap ros ada bau kuat sikit,
Menu Raya Haji juga semua mengikut resepi yang diceduk dari Internet, kunun nak buat kelainan. kira semua menjadi, Nasi Mandy (sedap noks), rendang minang, dendeng.
Hopefully SKT ini akan berterusan selagi ada kudrat, apa lagi menjelang cuti akhir tahun. Tentunya anak-anak mak cik seronok menikmati resepi baru setiap hari. Tidaklah mengadap menu yang sama sepanjang tahun.

Subscribe to:
Posts (Atom)