Total Pageviews

Thursday, December 16, 2010

AID BERTAMBAH SIHAT




Ketika menghantar akak balik ke asrama 28 Nov yang lalu, singgah Tesco Cheng, tujuan asal hanya nak beli tudung Pearl Haya, selepas tu tanpa perancangan terbeli handphone baru untuk akak. Aid pulak tak boleh nampak alat penimbang, sure nak menimbang badannya yang semakin montok tu. Patutlah nampak naik, memang sah dah 30 kg!. Hujung tahun 2009 dulu rasanya 26 kg, pertengahan tahun 2010 ni 28 kg dan sekarang naik lagi. Hei Aid, orang naik 0 point...0 point je, kau naik sampai 2 kil0. Tak apalah asal Aid sihat dan happy, tapi control sikit ye....

"Ya Allah, bukakanlah pintu hati anakku Ahmad Mujahid untuk menjadi anak yang baik, menurut kata dan rajin belajar"
(entry lama yang dipindahkan dari dija.has blogspot)

1 comment: