Total Pageviews

Thursday, December 23, 2010

PMR YANG TAK SUSPEN



Hari ni, 23 Dec ke SBPI Selandar menemani Nunun untuk mengambil keputusan PMR. Seperti yang dijangka, Nunun berjaya memperolehi 9A, tahniah Nunun. Sebagai ibu, tentunya amat menggembirakan....malah sesuatu yang amat menyedihkan kalau Nunun tak dapat sraight A. Tetapi sebagai seorang guru sekolah harian, PMR seperti tiada suspennya kerana dasar yang melayakkan semua pelajar naik Tingkatan 4 walau pun gagal PMR. Jadi saranan menghapuskan PMR adalah lebih wajar berbanding UPSR. UPSR masih lagi signifikan terutama dalam memilih pelajar yang layak ke SBP.

"Ya Allah, berkatilah ilmu dan kehidupan anakku Ainunul Khalilah"

No comments:

Post a Comment