Total Pageviews

Thursday, December 16, 2010

AKUKAH CINDERELLA ITU?

Sapa yang tak tau cerita Cinderella kan, betul ke tidak ejaan tak kuasa nak check, apa pun ejaan dan sebutannya tak penting kan, lagi pun dah ramai orang mengubah-ubahnya, Sindarela lah, Cindalelalah. Kenapa pulak cerita Cindalela ni. Cindalela ni kan kerjanya bertunggu bertangga di ceruk dapur, memasak, mengemas, basuh pinggan, mengemop lantai dan macam-macam lagilah.
Musim cuti yang panjang ni para emak-emak usahlah bergundah gulana, ni lah masa kita nak mengelap habuk-habuk yang makin menebal, nak "overhaul" rumah dengan membungkus dan membuang semua baju/barang yang masih tersimpan tapi tak dipakai langsung dan pelbagai kerja overhaul yang lain. Ini tak kira lagi kerja rutin seperti menyapu lantai, masak (sekurang-kurang 3 kali sehari), menyidai dan melipat baju yang menggunung. Kalau yang pandai menjahit tu (myself la) tambah lagi satu bonus. Orang-orang cam ni lah dikatakan Cindalela sejati. Tapi yang pastinya tak kan berakhir dengan pinangan anak raja... uhuk uhuk... tu la yang tragik sekali.

"Ya Allah, berikanlah kesihatan yang terbaik kepadaku agar aku sempat melihat anak-anakku membesar dan berjaya dalam kehidupan mereka"

No comments:

Post a Comment